saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 07/07/2014

Si kecil dengan kuasa tidak terbatas

FOTOGRAFI Wolkswagen Golf - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

Volkswagen Golf TSI BlueMotion telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun lalu. Model ini telah mengalami proses evolusi yang panjang sejak diperkenalkan dalam pasaran dunia pada tahun 1974.

Dalam proses itu, reka bentuknya telah mengalami perubahan dan pada Volkswagen Golf TSI BlueMotion kali ini menampilkan reka bentuk yang matang. Secara peribadinya, penulis menyifatkan model terbaharu ini tidak terlalu garang, tetapi lebih kepada futuristik.

Bagaimanapun, enjinnya iaitu empat silinder sebaris berkuasa 1395 cc atau 1.4 liter amat berkuasa dan menakjubkan. Walaupun sesaran enjinnya kecil, tetapi ia sebenarnya mampu mencatatkan kelajuan maksimum 212 km/j dan pecutannya ialah 8.4 saat untuk 100 km/j.

Bagi penulis, kejuruteraan enjin Volkswagen telah membuktikan bahawa dengan enjin 1.4 liter, mereka boleh mencetuskan kuasa yang tidak terbatas.

Golf baharu ini adalah 80 kilogram lebih ringan berbanding model terdahulu dan kuasanya banyak dibantu oleh enjin TSI yang dibangunkan berasas kepada BlueMotion Technologies. Ia bukanlah unit enjin twincharger, sebaliknya mengekalkan sistem pengecas turbo.

Reka bentuknya tidak terlalu kompleks kerana Golf sangat dikenali dengan kuasanya. Reka bentuk berjalur ringkas dengan gril berkrom selari dengan lampu depan yang tirus. Lampu belakang juga ringkas dengan potongan bonet yang tidak terlalu bulat.

Kemasan stereng dan tombol gear disalut kulit bermutu tinggi. Konsol tengah lebih kepada jangkauan pemandu. Bagaimanapun paparan meter kelajuan dengan lampu amaran yang agak kecil amat mudah terhalang oleh stereng. Stereng juga dilengkapi butang kawalan yang penulis rasakan agak kecil, tetapi sebenarnya amat membantu.

Sistem audio adalah daripada jenis skrin sentuh terkini. Cuma kadang-kala penulis terpaksa menekan dengan kuat untuk mengaktifkannya.

Ruang penumpang agak selesa dan disediakan dengan penghawa dingin di bahagian tengah.

Deruman enjin juga lembut ketika pemanduan. Pertukaran gear agak mudah sama ada melalui mod automatik dan pedal shift di belakang stereng. Tetapi pedal shift agak kecil. Penukaran gear mudah kerana Volkswagen menggunakan sistem DSG yang terdapat peda kereta Audi dan Porsche.

Dengan gear automatik tujuh kelajuan berserta kilas 250Nm, pemanduan dirasakan amat selesa. Jika dipandu dengan lebih `perlahan' Golf itu mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api lima liter bagi 100 km/j.

Jentera ini sebenarnya menawarkan penjimatan bahan api melalui slogan Think Blue untuk teknologi BlueMotion. Apabila berhenti di persimpangan lampu isyarat, enjin akan dimatikan dan apabila pedal minyak ditekan, enjin akan dihidupkan kembali.

Bagaimanapun, kelemahannya ialah ketika enjin mati, penghawa dingin tidak terlalu sejuk kerana kuasanya daripada bateri, bukannya enjin dan gegaran yang dihadapi ketika enjin dihidupkan menimbulkan sedikit ketidakselesaan.

Apa yang penulis dapat simpulkan, Secara keseluruhan, Volkswagen Golf TSI ini tidak menghampakan. Dengan enjin 1.4 liter, ia boleh melakukan pelbagai tugas seperti memecut laju jika perlu, dan mengekalkan pemanduan yang selesa di jalan raya.

Malah, kelebihan jentera ini sebenarnya boleh mengatasi kenderaan yang mempunyai enjin 1.6 atau 2.0 liter.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.