saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 18/10/2014

Cita rasa asli Nasi Padang

NORAYU Sliza Abd. Karim (bertudung biru) bersama kakitangannya di hadapan Restoran Nasi Padang Mesra, Johor Bahru. - S2/RAJA JAAFAR ALI

SEBUT sahaja Nasi Padang, perkara pertama yang pasti terbayang dalam minda kita adalah masakan tradisi masyarakat Padang dari Indonesia yang menyajikan lebih daripada 20 variasi makanan dalam setiap hidangan.

Perkara kedua adalah pelanggan yang pernah merasai keenakan makanan berkenaan adalah cara pelayan membawa piring berisi makanan yang diatur berderet di atas lengan.

Nah, apabila terhidang sahaja di atas meja, pasti mata 'buntang' seketika melihat pelbagai jenis lauk- pauk berasaskan ayam, ikan, daging sehinggalah sambal hijau.

Rambang mata dibuatnya. Disebabkan keenakan dan keunikan hidangan tersebut, maka tidak hairanlah ada yang sanggup mengusahakan restoran Nasi Padang di negara ini.

Melihat potensi besar bagi makanan itu diterima orang ramai, Wira Mesra Unggul Sdn. Bhd., mengorak langkah berani dengan membuka Restoran Mesra Nasi Padang di Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Pengerusinya, Mohd. Nasir Mohd. Rashid berkata, pihaknya menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan yang dimasak oleh chef berpengalaman yang dibawa khas dari Padang.

"Bezanya di sini, kami tidak menghidangkan kesemua makanan berkenaan, sebaliknya pelanggan boleh memilih sendiri di bahagian yang disediakan.

"Antara hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan adalah sambal hijau, gulai urat lembu serta rendang ayam dan daging dengan resepinya asli dari Padang," katanya kepada S2.

Beliau tidak kisah untuk berbelanja lebih dengan menggaji pekerja dari seberang kerana mahu mengekalkan rasa asli makanan tersebut.

"Saya nak rasa yang asli supaya pelanggan berpuas hati dengan makanan yang kami hidangkan. Kepuasan mereka menjadi keutamaan kami," katanya.

Menurutnya, sejak beroperasi Mac lalu, maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan dan menjadi suntikan semangat bagi pihaknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

"Boleh dikatakan lebih 50 peratus pelanggan adalah warga Singapura dan jumlah itu boleh mencecah sehingga 60 peratus pada hujung minggu," katanya.

Restoran dengan dekorasi moden itu boleh memuatkan kira-kira 100 orang dalam satu masa dan beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.