saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 04/10/2014

Kemeriahan Sarawak Regatta 2014

Masih ingat pepatah orang Iban, Agi idup, agi ngelaban. Pepatah itu juga yang dipegang oleh penulis untuk tidak berputus asa. Ia membawa maksud selagi hidup, selagi itu kena lawan iaitu berjuang.

Selain itu, semangat sedemikian nyata menonjol dan boleh dilihat terutamanya ketika acara Sarawak Regatta 2014 yang berlangsung di Kuching, baru-baru ini.

Terlebih dahulu, penulis ingin berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Sarawak yang menaja perjalanan penulis ke Kuching, sebuah bandaraya yang mempunyai 1,001 keunikan.

Sarawak Regatta ini telah berlangsung sejak beberapa tahun lamanya iaitu sebelum pembentukan Malaysia lagi. Dipercayai pada waktu ketika itu, suku kaum di Sarawak ini khasnya orang Dayak gemar bergaduh dengan musuh yang bukan dari suku kaum mereka.

Maka, dengan idea Rajah Brooke pada tahun 1872, telah berlangsunglah acara Sarawak Regatta. Sarawak Regatta dulunya disertai pelbagai kaum di Sarawak bagi menyatukan mereka. Agak bernas juga idea Brooke dan pada pendapat penulis ia perlu dipraktikkan di Semenanjung Malaysia juga.

Sarawak Regatta ini adalah acara tahunan Sarawak dan ia dijalankan di Sungai Sarawak. Kebiasaannya, kita dapat lihat di kawasan Waterfront Kuching ini tenang tetapi ia akan menjadi sebaliknya dengan kedatangan pengunjung yang sangat ramai untuk menyokong termasuk pelancong asing dari Australia, Taiwan dan sebagainya.

Masing-masing mempunyai semangat agi idup, agi ngelaban, mereka tidak mahu pulang selagi belum menang. Bukan senang mahu mendayung, lebih-lebih lagi dalam satu pasukan yang perlu mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.

Acara ini turut mendapat perhatian Sultan Brunei dan baginda telah menyempurnakan upacara pelepasan para peserta.

Sangat menyeronokkan melihat kira-kira 500 orang dari 11 buah negara bertanding merebut gelaran ‘King Of The River' dengan semangat bersungguh-sungguh.

Untuk pengetahuan pembaca, Sarawak Regatta ini menggunakan bot naga, bot kenyalang dan perahu tambang dan para peserta akan mendayung mengikut rentak gendang yang ada di atas bot berkenaan agar mereka dapat mendayung secara serentak.

Bagi anda yang berminat untuk merasai pengalaman seperti penulis, acara ini berlangsung pada 4 hingga 7 September setiap tahun dan penganjurannya sering mendapat perhatian Sultan Brunei untuk turut mencemar duli berangkat ke bandar raya Kuching.

Kenangan bertambah manis apabila penulis turut berpeluang untuk turut sama-sama berada di atas bot ketika Sultan Brunei menyempurnakan acara pelepasan peserta. - Izzati Ghafur/http://kisahtatie.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.