saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 21/09/2014

Laut Mati China

BAGI kebanyakan penduduk China, kolam renang ialah satu-satunya tempat bagi mereka untuk menyejukkan diri daripada bahang matahari terutamanya pada kemuncak musim panas.

Oleh kerana faktor kekurangan kemudahan untuk aktiviti itu di China, kebanyakan kolam renang sedia ada akan sentiasa dibanjiri orang ramai bagi membolehkan mereka melarikan diri daripada bahang matahari yang dilaporkan mampu mencecah tahap 37 darjah Celsius.

Laut Mati Daying atau dikenali sebagai Laut Mati China merupakan taman tema air masin dalam bangunan yang terletak di daerah Daying di wilayah Sichuan yang menjadi antara pilihan penduduk China.

Kolam renang seluas 30,000 meter persegi itu dikatakan mampu memuatkan seramai 10,000 pengunjung pada satu-satu masa sekali gus menjadikannya pilihan utama kepada penduduk.

Malah, pusat peranginan itu turut menawarkan spa, kursus golf dan penari sorak di tebing kolam dan juga persembahan ikan lumba-lumba kepada pengunjung.

Menurut akhbar China, lebih 15,000 orang pengunjung memenuhi taman tema itu pada musim panas lalu sekali gus menjadikannya tidak tumpah ibarat tin sardin.

Terapung

Bagaimanapun, ia bukanlah pertama kali bagi taman tema itu berubah menjadi tempat yang sesak dengan pengunjung kerana pada musim panas sebelum ini, ia turut dibanjiri ribuan pengunjung.

Pada sesetengah ketika, agak sukar untuk menganggap taman tema itu sebagai kolam renang kerana agak mustahil untuk bergerak ke kawasan lain di dalam taman itu tanpa melanggar seseorang.

Kolam itu dilaporkan mendapat ilham daripada Laut Mati di Asia Barat berikutan terletak pada latitud yang sama dengan Laut Mati sebenar dan airnya mengandungi 43 bahan mineral dan elemen mikro lain.

Malah, terdapat laporan yang mengatakan jika terapung selama satu jam di dalam kolam itu bersamaan mendapat tidur lapan jam.

Hal ini tidak mustahil kerana air di dalam kolam itu dilaporkan mempunyai kadar kemasinan sehingga 22 peratus membolehkan perenang terapung secara bebas di permukaan air sama seperti terapung di Laut Mati.

Bagaimanapun, menurut satu kajian, faktor ramai pengunjung di kolam itu mendedahkan mereka kepada bakteria berjangkit seperti E.coli.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan China, daripada 5,369 kolam renang awam yang diuji di 24 wilayah di China, 10 peratus daripada kolam itu melepasi tahap selamat bagi kandungan urea yang sumbernya air kencing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.