saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 20/09/2014

Berlibur di kota Bandung

FIRDAUS bergambar bersama kuda ketika melawat kawasan gunung berapi Tangkuban Perahu.

SIAPA yang tidak kenal dengan salah satu lokasi pelancongan menarik di Asia Tenggara iaitu kota Bandung?. Kota raya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia itu sudah dikenali sejak zaman sebelum Indonesia menikmati kemerdekaan.

Kota bersejarah yang telah merayakan ulang tahun ke-203 tahun itu turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Kota Wisata, Wisata Belanja, Wisata Kuliner, Wisata Budaya dan Wisata Alam.

Hari pertama, sebaik sahaja pesawat yang dinaiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia, penulis bersama enam orang teman menaiki bas ke Bandung. Tambang yang dikenakan serendah RM18. Bas yang dinaiki menempuh lebuh raya yang memakan masa hampir tiga jam perjalanan.

Meskipun, perjalanan memakan masa yang agak lama, namun kepenatan itu tidak dirasai kerana penulis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandung menggunakan peluang itu untuk melihat kehidupan harian penduduk dari tingkap bas.

Sejurus tiba pada pukul 2 pagi, kami mendaftar masuk di Hotel Chara yang mengenakan kadar sewa yang amat berpatutan. Apa tidaknya, kami hanya dicaj sebanyak RM60 setiap orang untuk penginapan selama dua malam.

Pada hari kedua, penulis dan rakan-rakan bangun seawal pagi untuk bergegas keluar menuju ke kawasan gunung berapi yang terkenal iaitu Tangkuban Perahu.

GERAI jualan berkonsep tradisional mudah didapati di sekitar kawasan gunung berapi ini.

Kaedah paling mudah untuk ke destinasi pelancongan itu adalah menaiki kereta sewa. Kadar sewa pergi dan balik dari hotel yang dikenakan adalah RM400. Hasil perkongsian bersama enam rakan, kami membayar RM65 seorang kepada pemandu kereta sewa.

Dengan suhu yang begitu dingin di sekitar kawasan pergunungan itu, kami tidak berlengah mengabadikan gambar kenangan untuk dimuat turun ke laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Jangan lupa, ketika berada di Tangkuban Perahu, antara aktiviti yang mesti dicuba adalah menunggang kuda. Pengunjung akan dibawa berjalan-jalan di kawasan sekitar dengan menunggang kuda selama lima minit dan bayaran dikenakan adalah RM8 seorang.

Kami juga sempat mengalas perut dengan menikmati hidangan makan tengah hari ala kampung yang begitu indah berlatarbelakangkan sawah padi. Sajian di sini tidaklah mahal kerana sepinggan nasi beserta lauk hanya bernilai kurang daripada RM10.

Selesai makan tengah hari, kami sempat mengunjungi Jalan Bahureksa yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya. Di sini, pengunjung boleh memilih pakaian atau aksesori buatan tempatan yang jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Hari seterusnya, antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu adalah membeli-belah di kawasan ‘factory outlet ‘ yang semestinya memberi peluang kepada kami untuk memilih barangan berkualiti pada harga yang cukup murah kerana ia merupakan sebuah kawasan bebas cukai.

Penat membeli-belah, kami menuju ke sebuah restoran terkenal di kota raya ini iaitu Rumah Makan Sari Sunda. Keistimewaan yang ditawarkan di restoran ini adalah pelanggan menikmati makanan di dalam calet buluh yang dikelilingi kolam ikan koi dan pokok-pokok menghijau. Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM20 setiap orang, namun ia amat berbaloi. Turut termasuk dalam menu yang menyelerakan itu ialah ayam bakar.

Hari terakhir lawatan, penulis berpeluang sekali lagi untuk berbelanja di pusat membeli-belah terkemuka yang dikenali sebagai Paris Van Java sebelum bertolak ke Jakarta untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Kali ini, kami membuat keputusan menaiki kereta api untuk menikmati pemandangan indah termasuk sawah padi yang luas terbentang di wilayah Jawa Barat ini. Destinasi yang dituju adalah Jakarta kerana dari ibu negara Indonesia itu, kami akan berangkat pulang ke tanah air. Oh ya...harga tiket kereta api adalah RM18 manakala waktu perjalanan sekitar dua jam.

Walaupun lawatan kami di kota Bandung begitu singkat, namun penulis bersama rakan-rakan berpuas hati dan gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu buat diri sendiri. - FIRDAUS HASSAN, KUALA LUMPUR (Twitter: @firdashasan)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.