saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 13/09/2014

Sahut panggilan pulau

Lautnya yang biru, air yang jernih serta pemandangan yang sangat indah bagaikan memangil-manggil penulis bersama empat orang teman rapat bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Memandangkan kami sedang dalam cuti semester, masa yang ada digunakan untuk merehatkan minda setelah bertungkus-lumus memerah otak semasa peperiksaan akhir baru-baru ini.

Perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa hampir lapan jam dirasakan tidak begitu panjang kerana kami memilih untuk bergerak pada waktu malam melalui perkhidmatan bas ekspres.

Dari stesen bas Kota Bharu pula, kami menaiki teksi untuk ke jeti Kuala Besut, Terengganu yang hanya mengambil masa kira-kira 45 minit. Sebaik sahaja tiba, bot yang telah ditempah sedang menunggu kami untuk membawa kami ke Pulau Perhentian.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kami memilih untuk menginap di Pulau Perhentian Kecil kerana terdapat tempat penginapan dan makanan yang murah.

Sebaik sahaja tiba di sana, penulis terpukau dengan keindahan pulau yang dikelilingi air laut yang biru dan jernih serta pasirnya yang putih. Ia sangat menakjubkan dan penulis berasa beruntung kerana berpeluang menikmati alam ciptaan Tuhan yang sangat indah.

Perasaan teruja mula terasa kala kami melihat batu karang dan ikan-ikan kecil membelah lautan biru sepanjang kami berjalan di sebuah jambatan di pulau berkenaan.

Pakej penuh yang telah kami pilih memudahkan segala urusan kami sepanjang berada di sana. Pakej berkenaan termasuk menyewa bot, penginapan, makanan, barbeku dan aktiviti snorkeling.

Sangat berbaloi, dengan hanya RM290, kami dapat merasai pengalaman hebat dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang ada. Ia sangat sesuai untuk golongan seperti kami untuk bercuti dengan kos yang sangat berpatutan.

Keesokan harinya, seawal pukul 10 pagi lagi, kami sudah bersedia untuk aktiviti utama iaitu snorkeling di empat lokasi berbeza seperti kawasan ikan, batu karang, penyu dan ikan yu.

Keindahan Pulau Perhentian pastinya memberi 1001 kenangan kepada yang bertandang.

Sebenarnya, ini adalah pengalaman pertama penulis mencuba aktiviti snorkeling. Walaupun berasa sedikit risau kerana tidak tahu berenang, tetapi kami dibekalkan dengan jaket keselamatan sepanjang berada di dalam laut. Jadi, penulis tidak lagi berasa bimbang dan ragu-ragu untuk turun ke laut.

Pertama kali penulis melihat hidupan di bawah laut, tiada kata yang mampu diucapkan. Kami seperti berada di sebuah dunia lain yang sangat sunyi tetapi sungguh mendamaikan apabila dapat melihat pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni, batu karang yang besar, dan penyu yang tidak pernah penulis lihat sebelum ini berenang bebas di hadapan mata.

Pada sebelah malamnya pula, kami berkesempatan untuk melihat pertunjukan api di pantai Pasir Panjang (Long Beach) yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Suasana sekitar mulai rancak pada pukul 10 malam.

Kebetulan pada malam itu, bulan kelihatan penuh, jadi pemandangan di tepi pantai semakin indah apabila bayang-bayang bulan terpantul ke arah laut serta bot-bot yang terdapat di sepanjang pesisir pantai.

Suasana ini cukup membuatkan penulis kagum dan berasa seperti tidak ingin meninggalkan pulau itu. Meskipun kamera kami tidak mampu untuk merakam pemandangan tersebut, namun keindahannya masih terpahat di ingatan.

Pada hari berikutnya, kami bergerak meninggalkan pulau itu dan berpeluang untuk menziarahi beberapa buah rumah rakan kami yang berada di Kelantan sebelum menaiki bas pada pukul 8.30 malam untuk pulang ke Melaka.

Kepenatan yang dirasai amat berbaloi dan kami berasa berpuas hati. Kami kini sedang merancang percutian akan datang sekiranya berkesempatan.

Sesungguhnya percutian kami pada kali ini sangat bermakna dan menyedarkan penulis bahawa alam ciptaan Tuhan sangat hebat. Penulis berasa sangat kerdil tatkala melihat lautan terbentang luas seperti hamparan di depan mata. - Norfatina, Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.