saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 06/09/2014

Berhujung minggu di Janda Baik

GAYA hidup sibuk dan penuh tekanan tidak harus dijadikan penghalang untuk menikmati kehidupan berkualiti untuk diri sendiri. Justeru, cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan baru-baru ini, penulis bersama dua rakan berkunjung ke Janda Baik, Pahang.

Perkampungan Melayu di lereng Banjaran Titiwangsa, daerah Bentong itu terletak kira-kira 600 meter dari paras laut. Ia terkenal dengan udaranya yang dingin dan suasana persekitarannya yang nyaman.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke perkampungan itu sangat mudah. Janda Baik terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari ibu negara. Ia boleh didatangi melalui Lebuh Raya Karak. Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa kira-kira 45 minit di mana pelancong dikehendaki menyusur keluar ke persimpangan Genting Sempah menuju ke Janda Baik.

Di pintu masuk, terdapat puluhan papan tanda calet-calet dan resort di kawasan itu. Malah, papan tanda itu seolah-olah bertindak menjadi pemandu arah, sekali gus menyambut kedatangan pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negara.

Tanpa berlengah, penulis menuju ke Harmony Excellence Resort yang terletak di Lorong Chemperoh Satu untuk penginapan memandangkan hari sudah semakin petang. Keunikan resort ini adalah ia sangat mesra dengan keperluan pelancong Islam, selain memiliki prasarana lengkap untuk menjalankan aktiviti riadah terutama bina diri.

Terdapat surau, WiFi, dewan makan, astaka, Astro dan pendingin hawa mengikut jenis bilik, selain parkir kereta. Bukan itu sahaja, pelancong atau peserta kem bina diri tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana kawasan resort dikelilingi pagar.

Sementara mengisi masa lapang pada waktu petang dan malam, pengunjung yang gemar beriadah boleh melakukan aktiviti seperti berakit, memancing, berkhemah dan paintball. Manakala, pelancong yang sekadar mahu bersantai, terdapat gelanggang badminton dan bola tampar disediakan, selain berehat di astaka sambil bermain congkak dan karom. Setelah penat beriadah dan bersukan, pengunjung boleh mengadakan aktiviti barbeku di tepi sungai pada sebelah malam.

Lari dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada hari berikutnya di resort ini dan tidak hanya terbatas untuk kegiatan riadah atau bina diri sahaja.

Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, boleh melakukan aktiviti seperti berakit, memancing, berkhemah, merentas hutan dan sungai. Selain itu, pengunjung juga mempunyai pilihan untuk mendaki bukit untuk ke air terjun berdekatan seperti air terjun Ulu Tampit yang popular dengan tingkat-tingkat tertentu mengikut ketinggian semula jadi yang dimilikinya.

Untuk merasai pengalaman unik dan menyaksikan flora dan fauna ciptaan Allah SWT yang mengkagumkan ini, khidmat pemandu pelancong disediakan di sini.

Tidak hairanlah sepanjang berada di situ, pengunjung masih boleh menikmati udara segar dan sejuk. Pada sebelah malam pula, ada kalanya suasana nyaman dan sejuk itu mampu mencatatkan suhu sehingga 23 darjah celsius.

Menurut pemilik resort, Nor Hashim Abdullah, matlamat utama resort itu diwujudkan ialah menjadikannya sebagai sebuah pusat sehenti program bina diri dan percutian khususnya bagi mengisi cuti hujung minggu.

"Kelebihan perkhidmatan kami adalah sentiasa fleksibal dan mendahulukan keselesaan pengunjung," katanya.

Tambah Nor Hashim, sebarang tempahan boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau laman sosial, Facebook. Malah, tempahan yang dilakukan oleh pihak institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diberikan pakej harga istimewa.- DHIYA'ZULHILMI DAUD/AZLAN HADI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.