saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/10/2014

Hanya 1,529 petani manfaat Dana Kebajikan Petani

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Hanya 1,529 petani telah memanfaatkan Dana Kebajikan Petani membabitkan sejumlah RM456,400 daripada peruntukan RM3.3 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, dana tersebut diwujudkan untuk menyelesaikan masalah kredit yang diberi oleh orang tengah.

Kata beliau, kerajaan komited untuk memerangi orang tengah dalam usaha membanteras manipulasi oleh golongan tersebut agar petani, penternak dan nelayan memperoleh harga setimpal.

"Bagi subsektor padi, peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) diperhebat dengan cara menubuhkan Pusat Belia Padi yang akan membeli padi daripada petani dan mengelak mereka menjual kepada orang tengah.

"Di bawah dana ini, setiap PPK diperuntukkan sebanyak RM100,000," katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Ariff Abdul Aziz (DAP-Raub) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, sebanyak RM3.95 juta telah diagihkan kepada 593 nelayan di seluruh negara melalui pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dalam usaha mengelakkan golongan itu membuat pinjaman dengan orang tengah.

Katanya, peruntukan tersebut bertujuan membantu nelayan untuk pembelian pukat, baik pulih atau pembelian enjin baharu dan bot.

"Tabung ini juga turut dibuka kepada penternakan ikan dalam sangkar, pemborongan, peruncitan hasil laut dan tangkapan ikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.