saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/10/2014

Langat 2: Azmin mohon pertimbangan Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan Negeri Selangor memohon Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan penyertaan secara langsung kerajaan negeri pada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi fasa dua.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, saranan tersebut untuk memastikan kerajaan negeri mempunyai peranan eksekutif dalam memberikan maklum balas memandangkan langkah itu gagal dilaksanakan di bawah pentadbiran sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi penyertaan tersebut kerajaan negeri inginkan penjelasan keperluan Kerajaan Persekutuan memilih dual media yang menggunakan 'granular activated carbon' (GAC) yang disifatkan sebagai kos yang mahal.

"Jika Kerajaan Persekutuan mencadangkan teknologi ini digunakan di Langat 2, ia membawa maksud air yang disalurkan daripada Pahang itu adalah air yang tercemar, teruk daripada tahap empat.

"Sebenarnya teknologi ini amat tinggi dan ia digunakan di negara-negara maju untuk merawat air mentah yang tercemar teruk. Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan mengapa mereka harus menggunakan teknologi itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Azmin mendakwa, berdasarkan pemerhatian pihaknya, air dari Pahang yang disalurkan ke negeri Selangor itu tidak berada pada tahap empat sehingga memerlukan satu teknologi yang tinggi untuk merawat air ber­kenaan.

Menurutnya, kerana itu kerajaan negeri meminta Kerajaan Persekutuan memberikan kuasa kepadanya khusus dalam aspek pemantauan ke atas keseluruhan projek Langat 2 terutama bagi melihat kepentingan membelanjakan kos yang tinggi dan melampau pada GAC.

"Jika Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan sekali lagi teknologi tinggi pada fasa kedua maka kos pembangunan akan tinggi, kos penyelenggaraan juga tinggi dan akhirnya kos pengguna terpaksa menanggung kadar tarif yang tinggi.

"Kecuali Kerajaan Persekutuan boleh membuktikan air mentah daripada Pahang itu memerlukan teknologi tinggi ekoran berada dalam kategori empat. Sudah tentu itu akan membimbangkan pengguna," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.