saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Sektor swasta tidak wajib bayar COLA

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan belum bercadang mewajibkan bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) kepada majikan sektor swasta buat masa ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Mutalib sebaliknya berkata, kementeriannya sedang menguatkuasakan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dengan menetapkan pelarasan gaji minimum pada kadar RM900 bagi Semenanjung dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.

"Cadangan pemberian elaun COLA bagi pekerja swasta adalah tertakluk kepada budi bicara majikan masing-masing memandangkan kerajaan tidak ada kuasa dari segi undang-undang untuk mewajibkan majikan membayar elaun tersebut atau elaun-elaun seumpamanya kepada pekerja swasta.

"Pekerja swasta telah mendapat beberapa elaun lain termasuk elaun kedatangan, makan, uniform, pengangkutan dan elaun shif," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Normala Abdul Samad (BN-Gopeng) berhubung cadangan melaksanakan kaedah bayaran COLA secara tetap kepada pekerja-pekerja tempatan.

Sementara itu, Ismail menjelaskan, setiap majikan perlu memberi lebih perhatian kepada pekerja mereka bagi mengambil kira sumbangan golongan berkenaan kepada kejayaan majikan itu sendiri.

"Kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan di antara pekerja dan majikan, jadi kita serahkan kepada majikan untuk memberikan kebajikan sewajarnya kepada pekerja mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.