saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/10/2014

Lupus bayaran deposit 10 peratus

Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan disaran mempertimbangkan pelupusan bayaran deposit 10 peratus untuk golongan profesional muda yang bekerja selama 10 tahun ke bawah.

Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata, langkah itu akan meringankan beban yang dihadapi mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, sekiranya langkah itu dilaksanakan, golongan profesional muda boleh menggunakan dana dalam akaun 2 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka bagi menampung kos pengurusan guaman dan insurans pembelian rumah.

"Pelupusan bayaran muka 10 peratus tidak akan menjejaskan industri perumahan. Walaupun langkah ini mungkin meningkatkan hutang isi rumah namun ia merupakan langkah proaktif dalam membantu golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

"Ia sekali gus meringankan beban menanggung kos sewaan yang begitu tinggi di kawasan bandar-bandar utama," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Irmohizam mencadangkan kurikulum raja berperlembagaan diwajibkan di sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi di negara ini.

Beliau memberitahu, kurikulum tersebut memberi penekanan tentang jati diri dan semangat cintakan negara serta berkait rapat dengan pemahaman tentang asal-usul, sejarah dan sistem kerajaan.

"Generasi muda hari ini harus memahami erti kemerdekaan yang sebenar, memupuk semangat patriotisme, setia kepada raja dan negara serta mencintai negara dengan sepenuh jiwa dan raga," ujarnya.

Dalam pada itu, Irmohizam turut mencadangkan penubuhan pusat sehenti belia 1Malaysia (1MOSYC) bagi menggalakkan penglibatan belia pada peringkat tertinggi secara berkesan.

Jelas beliau, 1MOSYC boleh memainkan peranan sebagai titik rujukan bagi golongan belia untuk mendapatkan akses kepada pelbagai maklumat dan kemudahan.

"Selepas penubuhan 1MOSYC, golongan belia tidak harus khuatir dan keliru dengan isu-isu yang melibatkan mereka secara khusus," katanya.

Irmohizam memberitahu, antara isu-isu berkaitan belia yang boleh ditangani melalui penubuhan pusat sehenti tersebut adalah pengangguran dan kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minat atau kelayakan akademik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.