saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 15/10/2014

Warganegara: Ujian DNA dokumen sokongan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan permohonan kewarganegaraan Malaysia sekiranya terdapat keraguan ke atas permohonan yang dikemukakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walau bagaimanapun dokumen tersebut bukan satu dokumen mandatori yang diperlukan kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan.

Jelas beliau, ini memandangkan pemohon masih lagi tertakluk kepada undang-undang di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

"Penganugerahan kewarganegaraan kepada seseorang individu merupakan suatu anugerah tertinggi kerajaan kepada individu tersebut, maka ia tidak akan diberi atau ditawarkan sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja yang memohon.

"Sebaliknya kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan dokumen yang dikemukakan pemohon dan menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk membuktikan dia layak dianugerahkan kewarganegaraan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu adakah kementerian menerima laporan DNA sebagai bukti sokongan untuk kes-kes permohonan kewarganegaraan dalam kalangan kanak-kanak tiada warganegara.

Wan Junaidi berkata, tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia akan dianugerahkan kewarganegaraan secara automatik.

Sebaliknya, kata beliau, asas-asas penentuan kewarganegaraan seseorang kanak-kanak adalah bergantung kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut menyatakan tidak ada permohonan kewarganegaraan yang dikategorikan sebagai tertunggak pada masa kini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.