saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 15/10/2014

Kebebasan media lebih baik berbanding era Anwar

KUALA LUMPUR 14 Okt. Kebebasan media yang diamalkan ketika ini adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu terbukti apabila persidangan Dewan Rakyat telah disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen kerajaan, RTM selama satu jam setengah sejak Julai tahun lalu sekali gus menafikan dakwaan bahawa RTM hanya menyiarkan laporan berat sebelah.

Berbanding pembangkang, beliau menyelar sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyekat akhbar tertentu seperti Utusan Malaysia untuk membuat laporan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu yang menjadi antara punca kedudukan tahap kebebasan media di negara ini berada pada tangga rendah.

"Sewaktu Ketua Pembangkang berkuasa pun tidak dibenarkan Parlimen berhujah disiarkan secara langsung di televisyen, tetapi sekarang ia disiarkan secara langsung di RTM bermula pada zaman kami sebagai satu tanda menuju alaf baharu bahawa kita lebih terbuka daripada Anwar sewaktu berada dalam kerajaan.

"Begitu juga sidang DUN Pulau Pinang, wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar masuk, sebelum mendapat kuasa menjadi Kerajaan Pusat pun sudah membuat sekatan, tetapi adakah kerajaan kita ada memberitahu akhbar tertentu tidak boleh membuat laporan pada sidang Dewan Rakyat?," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nga Kor ming (DAP-Taiping) yang mendakwa RTM hanya membuat laporan berat sebelah.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berhubung kebebasan media telah dicabuli dengan tersebarnya maklumat melampaui batas, Ahmad Shabery berkata, kebebasan mutlak tidak boleh dilaksana sekiranya melanggar undang-undang.

Namun, katanya, sebagai menghormati kepercayaan membenarkan pengaliran maklumat, kerajaan tidak berhasrat untuk menutup penggunaan media sosial memandangkan hanya 0.006 peratus kes penyalahgunaan media sosial daripada 1,225 aduan berkaitannya yang direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Katanya, jumlah itu amat kecil berbanding 19.2 juta pengguna internet di negara ini yang meliputi 98 peratus daripadanya menggunakan platform media sosial.

Walau bagaimanapun, katanya, sebanyak 14 kes telah didakwa pada tahun lalu dan 11 kes pada tahun ini di bawah kesalahan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Mulimedia (SKMM) membabitkan penyalahgunaan media sosial.

"Sebanyak 1,409 laman web telah disekat bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini kerana menyalahi pelbagai undang-undang bertulis negara," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menyelar pakatan pembangkang melalui media mereka yang tidak pernah menyiarkan maklumat sebenar dan tepat daripada pihak kerajaan.

"Kerana itu saya suka Utusan Malaysia dan RTM yang sentiasa mengeluarkan cerita berbentuk kebenaran bukan pembohongan. Media pembangkang sentiasa memutar belit cerita-cerita Ahli Parlimen Kerajaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.