saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/10/2014

Empat lagi Agrobazaar akan dibina di luar negara selepas Singapura

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan akan menubuhkan empat lagi konsep perniagaan Agrobazaar di luar negara iaitu di Hong Kong, London, Guangzhou dan Dubai selepas kejayaan penubuhan pertama seumpamanya di Singapura Julai lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemilihan lokasi di bandar-bandar utama dunia itu berikutan permintaan besar terhadap produk pertanian seperti buah-buahan dan dijangka memberi keuntungan jualan berganda.

Katanya, jangkaan itu dibuat selepas kejayaan perolehan nilai jualan Agrobazaar di Singapura iaitu berjumlah RM900,000 mengatasi unjuran asal berjumlah RM500,000 pada tahun ini.

"Projek Agrobazaar di Singapura dijangka mencapai titik pulang modal jualan dengan sasaran RM5 juta setahun pada tahun keempat pengoperasian.

"Unjuran jualan yang ditetapkan di negara itu ialah RM2.9 juta pada 2015, RM3.8 juta (2016), RM4.5 juta (2017) dan RM5.5 juta (2018)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) berhubung pengembangan Agrobazaar di Thailand selepas dilaksanakan di Singapura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.