saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/10/2014

CGT: Ekonomi boleh merosot teruk

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menyebabkan ekonomi negara merosot teruk.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, CGT hanya mewujudkan satu rantaian ekonomi yang buruk dan berpotensi mengakibatkan pelabur tidak memasuki pasaran tempatan.

Malah jelas beliau, CGT bukan satu inisiatif baharu sebaliknya negara pernah mengamalkannya satu ketika dahulu.

"CGT menyebabkan pelabur akan lari ekoran pasaran saham menurun. CGT tidak relevan, lebih teruk daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah membebankan rakyat.

"Pembangkang tidak faham SST dan GST. Kita cuba bantu rakyat. Tetapi pihak pembangkang lebih menambah beban rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membahaskan Bajet 2015 yang mendakwa CGT boleh mengutip cukai permulaan dalam 2015 sebanyak RM3 bilion berbanding GST yang akan menjadikan beban cukai lebih tinggi daripada pendapatan.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan hanya memperkenalkan GST sebaliknya pembangkang bukan sahaja mahu SST dikekalkan, malah ditambah dengan CGT yang akan menyebabkan keseluruhan ekonomi negara merosot.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.