saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/10/2014

KDN ada maklumat ISIS

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mempunyai maklumat berhubung penyertaan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, maklumat tersebut bagaimanapun tidak boleh didedahkan kepada umum ekoran masih dalam proses siasatan.

"Kita sudah mengenal pasti semua maklumat tersebut. Kita ketahui siapa mereka yang berada di sana dan dijangka sudah dianggap terkorban, cedera dan sebagainya. Tetapi kita tidak ada pengesahan rasmi daripada pihak bertelagah di sana. Oleh itu, kementerian tidak boleh membuat pengumuman secara terperinci kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas laporan mengenai wanita yang menawarkan jihad seks kepada kumpulan militan ISIS, Wan Junaidi berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, katanya, kumpulan penjenayah kini mula mencabar kemampuan pihak polis dan sistem perundangan negara selepas ketiadaan Akta Ke­selamatan Dalam Negeri (ISA).

"Mereka mencabar kuasa undang-undang dan kemampuan polis apabila ISA tidak boleh digunakan lagi. Undang-undang yang ada sekarang adalah berlandaskan bukti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.