saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 02/10/2014

Fotografi dalam air

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai bengkel fotografi di dalam air

SELAM skuba merupakan antara aktiviti riadah yang semakin menjadi pilihan masyarakat tempatan hari ini sekiranya mereka melancong ke tempat-tempat peranginan.

Ini kerana selain dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan, secara tidak langsung dengan selam skuba kita dapat menikmati keindahan dasar laut yang masih ‘tersembunyi’ kepada umum.

apabila menyelam dan dapat menikmati keindahan dasar laut yang jarang diterokai akan membuatkan kita insaf dan bersyukur betapa besarnya anugerah tuhan untuk dinikmati.

Sebenarnya dasar laut di negara kita sungguh cantik dan tidak tergambar dengan kata-kata.

Melihat air yang jernih dan menyaksikan sinar matahari menembusinya dan menyuluh plankton sementara ikan pula berenang-renang mewujudkan satu pemandangan yang sungguh indah.

Tetapi hari ini tidak semua mampu menyelam dan menikmati keindahan dasar laut ciptaan tuhan.

Jika sebelum ini mereka yang berada di darat hanya mampu mendengar keindahan dasar laut melalui penceritaan daripada penyelam-penyelam skuba, tetapi hari ini dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, dasar laut tidak lagi eksklusif kepada penyelam-penyelam skuba.

Dengan adanya pelbagai gajet yang mampu merakam keindahan dasar laut, segala-galanya dapat dinikmati tanpa sempadan.

Dalam usaha memberi satu pengalaman baharu buat penyelam-penyelam baru, Pusat menyelam PADI 5 Star, Kids Scuba telah menganjurkan bengkel fotografi dalam air, baru-baru ini.

Bertempat di kolam renang Pusat Latihan Maybank, Bangi, Selangor, Kids Scuba yang sememangnya dikenali ramai dalam melahirkan penyelam-penyelam skuba kanak-kanak telah bekerjasama dengan jurugambar profesional Nikon, Imran Ahmad Rayat Ahmad, 37.

Menurut Pengarah dan Ketua Jurulatih Kids Scuba, Syed Abd. Rahman Syed Hassan, 49, bengkel tersebut yang dihadiri 10 orang kanak-kanak yang berusia antara 12 hingga 17 tahun telah diajar cara bagaimana untuk mengambil gambar di dalam air.

Tambahnya, bengkel yang pertama kali diadakan pihaknya itu menawarkan sesi pembelajaran teori dan juga praktikal.

“Hari ini kami (Kids Scuba) bekerjasama dengan Imran Ahmad dalam usaha memberi pendedahan mengenai cara bagaimana untuk mengambil gambar di dalam air.

“Ini kerana bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan tambahan pula dengan situasi di mana kita perlu mengimbangkan badan bagi mendapatkan gambar yang menarik dengan posisi yang menarik.

“Jadi bengkel hari ini bukan sahaja mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran teori, mereka turut dibawa turun ke dalam kolam renang dan merasai sendiri bagaimana suasana sebenar mengambil gambar di dalam air," ujarnya ketika ditemui.

Dalam pada itu, ulas Imran, kelas tersebut yang diadakan seharian memerlukan sekurang-kurangnya dua jam untuk sesi penerangan secara teori.

Selepas itu katanya, kanak-kanak akan dibawa ke dalam kolam renang untuk merasai sendiri pengalaman sebenar bagaimana situasi dan suasana mengambil gambar di dalam air.

“Bengkel ini sebenarnya memberi pendedahan kepada penyelam-penyelam skuba terutamanya kanak-kanak untuk merasai sendiri pengalaman sebenar bagaimana mengambil gambar di dalam air.

“Ini satu pembelajaran yang amat menyeronokkan kerana selain di ajar bagaimana hendak menggunakan kamera ketika di dalam air, secara tidak langsung mereka juga boleh melihat sendiri keindahan dasar laut.

“Sesi pembelajaran ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja tetapi dengan syarat, mereka mestilah berdisiplin dan ada protokolnya kerana mengambil gambar di dalam air merupakan satu situasi yang berbeza dengan di darat," tuturnya.

Beritahu Imran lagi, kelas yang diadakan itu juga pada masa yang sama akan menjadikan mereka ini (penyelam-penyelam skuba) tahu menghargai keindahan alam.

Sementara itu, Syed Abd. Rahman memberitahu pihaknya kini dalam perancangan untuk mengadakan lagi sesi pembelajaran tersebut pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh hubungi Nadia di talian 019-2176705 atau layari laman sesawang www.kidsscuba.com.

- mariatul qatiah zakaria

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.