MEGABAIT
ARKIB : 29/09/2014
Lenovo lancar peranti baharu

VENDOR komputer peribadi kedua terbesar di dunia, Lenovo melancarkan rangkaian serta siri komputer riba dan meja dengan kos sederhana bagi pasaran Malaysia baru-baru ini.
Memperkenalkan komputer destop AIO iaitu N300 dan C470, komputer riba siri Y,Z dan Flex 2 (14 dan 15 inci), kesemua peranti terbaharu itu didatangkan dengan cip pemproses Intel generasi keempat untuk kegunaan prestasi tinggi.
Menurut Ketua Segmen Pengguna Lenovo Malaysia, Jimmy Chin, kesemua rangkaian dan siri komputer juga didatangkan dengan skrin beresolusi tinggi (HD) selain diberi tambahan fungsi skrin sesentuh.
“Bagi model N300 dan C470, peranti ini dinaik taraf dengan menyediakan tambahan fungsi skrin sesentuh bagi memudahkan pengguna melakukan tugasan serta sesuai bagi mereka yang memerlukan peranti bagi kegunaan perisian berat seperti permainan video dan grafik tinggi.
“Kesemua model yang diperkenalkan ini menggunakan sistem operasi Windows 8 kecuali N300 yang menggunakan perisian Android KitKat 4.2," katanya pada majlis pelancaran rangkaian serta siri terbaharu peranti Lenovo di ibu negara baru-baru ini.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut untuk rangkaian tersebut, boleh layari laman sosial Facebook Lenovo dan Twitter.
Asus Nexus 7 mantap
BenQ tampil telefon pintar pertama
Fotografi dalam air
Aksesori kegilaan remaja
Lenovo lancar peranti baharu
Kuasa tahan lama
Cas telefon sambil berjalan
Perakam video baharu Canon
Apple lancar iPhone 6 & iPhone 6 plus
Lenovo
Ahli baharu Butterfly
Xperia T3
Pintar serba lengkap
VIVO Xshot tembusi pasaran tempatan
U9Z1T tawaran terbaharu Ninetology
Tablet dengan fungsi telefon pintar
Rangka Mi4 lebih berkualiti
Galaxy Grand 2 kemasan rona emas
Nokia 630
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












