saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 15/09/2014

Perakam video baharu Canon

Canon sebagai salah sebuah syarikat elektronik dan pengeluar alatan optik seperti kamera dan kamera video kini kembali memperkenalkan barisan produk baharu mereka.

Di kenali sebagai kamera video XF 205 dan XF 200, kedua-duanya direka khas bersama kelebihan HD penuh, kompak dan profesional.

Menggantikan barisan siri yang terdahulu iaitu XF 105 dan XF 100, kedua-dua kamera video baharu tersebut boleh dioperasikan bersama lensa pemfokusan yang telah dinaik taraf, penderia CMOS dan pemprosesan imej baharu yang terdapat di dalam siri model XA25 dan XA20 tahun 2013.

Menurut Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Imej, Canon Malaysia, Donny Ling, kedua-dua kamera video tersebut merupakan model pertengahan dalam siri XF.

“Model ini direka khas dan dihasilkan bagi memenuhi keperluan kru produksi yang lebih kecil.

“Ringan dan kompak, kini jurukamera boleh bergerak dengan lebih pantas dan dapat bekerja dengan lebih lama dalam persekitaran produksi yang lebih mencabar," katanya.

Kedua-dua kamera tersebut memiliki lensa 26.8 milimeter (mm) bersamaan dengan 35mm dan kadar pemfokusan sebanyak 20 kali ganda.

Bagi mengurangkan kesan bayangan dan silau, Canon menggunakan kaca lensa daripada Hi-UD (High Index Ultra Low Dispersion).

Sebagai tambahan, mereka turut mempertaruhkan lensa yang memiliki teknologi EMD (Electro Magnetic Diaphgram) lapan bilah bukaan (aperture) yang turut boleh ditemui di dalam lensa Canon EF.

Penggunaan teknologi tersebut membolehkan gambar yang dirakam tampak lebih jelas, semula jadi dan kesan ‘bokeh’ yang menarik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.