saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 14/09/2014

Apple lancar iPhone 6 & iPhone 6 plus

IPHONE 6 dan iPhone Plus yang mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding model sebelumnya.

Apple melancarkan model terbarunya pada Selasa lepas, kali ini dengan beberapa peranti dan aplikasi lain yang membuatkan peminatnya tidak lena tidur menanti model terbaru iPhone 6 yang akan berada di pasaran 19 September ini.

Apple memperkenalkan dua telefon pintar baru di bawah keluarga iPhone, iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. iPhone 6 dengan saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus dalam saiz 5.5-inci.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook semasa pelancaran iPhone 6 di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) berkata, "hari ini syarikat melancarkan kemajuan besar dalam sejarah iPhone".

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller ketika pelancaran di Cupertino, California berkata, "iPhone terbaharu amat menakjubkan dengan paparan yang ditingkatkan melalui kaca polarisasi".

Bagi peminat tegar produk Apple, cuba belek secara ringkas ciri yang ditawarkan sebelum mengambil keputusan untuk berbelanja ribuan ringgit untuk ciri yang pengguna tidak tahu ia wujud.

Usaha terbaharu Apple apabila memperkenalkan model skrin empat inci iPhone adalah sebagai memenuhi permintaan pengguna yang kini beralih kepada telefon pintar dengan skrin lebih besar untuk menonton video dan melayari Internet.

Kedua-dua model telefon pintar hadir dengan sokongan paparan Retina HD dan dikatakan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelumnya. Apple berkata mereka membawa skrin paparan tercantik pada iPhone 6, dan ia dikuatkan dengan ketahanan lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Dari segi resolusi skrin, iPhone 6 menampilkan paparan resolusi 1334750 pixel, sementara iPhone 6 Plus dengan paparan 1920x1080 pixel.

Rekaan kerangka juga dilihat lebih bulat berbanding iPhone 5S sebelum ini. Memandangkan iPhone 6 Plus membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi, pihak Apple turut menawarkan paparan secara melintang untuk peranti tersebut.

Kedua-dua peranti dijana menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 - menawarkan tenaga pemprosesan 25 peratus lebih pantas dan grafik 50 peratus lebih laju.

Bagi melengkapkannya, pihak Apple turut mengumumkan Metal untuk pembangun - membolehkan mereka hadir dengan pelbagai permainan pada grafik tinggi untuk iPhone 6.

Pihak Apple turut dilihat mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui iOS 8 untuk iPhone 6 kerana iPhone 6 lebih efisien dalam menggunakan tenaga bateri berbanding sebelumnya.

Melengkapkan pemprosesan pada iPhone 6 ini ialah penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, di samping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya. Kedua-dua ini dilihat akan membantu pengguna dalam memantau aktiviti kecergasan dengan mudah menggunakan iPhone 6.

iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus ini, hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding model sebelumnya. Pihak Apple melengkapkannya dengan sokongan VoLTE dan membawakan fungsi WiFi Calling apabila rangkaian telekomunikasi agak rendah di sesuatu kawasan.

Bahagian kamera pada iPhone 6 turut dinaik-taraf, dengan penderia 8-megapixel iSight, 1.5pixels, /2.2 aperture - untuk rakaman gambar lebih cantik berbanding sebelumnya.

Bagi melengkapkannya, pihak Apple menggabungkan Focus Pixel bagi iPhone 6 untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman.

Cip A8 memberikan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk bantuan merakam ketika keadaan bergegar atau pada cahaya gelap.

Kamera hadapan turut ditambah baik dengan sokongan pengecaman wajah, dan kini disertakan penderia baru dengan /2.2 aperture - sekali gus membolehkan lebih 80 peratus cahaya dirakamkan bersama-sama gambar selfie.

Fungsi Burst Selfie turut disertakan untuk membolehkan lebih 10 gambar selfie dirakam menggunakan kamera hadapan dengan mudah - sekali gus membolehkan anda memilih gambar yang menarik.

iPhone 6 juga hadir dengan pelbagai fungsi baru melalui penggunaan iOS 8, termasuk sokongan notifikasi daripada pihak ketiga yang lebih baik selain papan kekunci yang diberikan nafas baru.

Produk ini akan ditawarkan di beberapa negara terpilih bermula 19 September ini. Negara terdekat dengan Malaysia yang akan menerimanya ialah Singapura pada tarikh tersebut.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus diramal memasuki pasaran Malaysia sekitar pertengahan bulan depan dengan harga bermula lebih RM2,000

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu putih, hitam, dan emas.

Bersama-sama pengenalan iPhone 6, pihak Apple mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C.

Pada majlis yang sama Apple juga melancarkan Apple Watch, Tidak seperti pesaing yang lain, Apple berjanji penggunanya bakal mengalami pengalaman jauh berbeza.

Apple Watch merupakan jam tangan yang menunjukkan waktu paling tepat. Jika anda di luar negara, zon masanya akan bertukar secara automatik menggunakan sistem GPS tanpa perlu mengubah secara manual.

Lebih menarik setiap Apple Watch didatangkan dengan pelbagai rupa dan gaya yang boleh ditukar-tukar. Pengguna boleh menggabungkan beberapa informasi seperti nota penting dan suhu cuaca di paparan skrin.

Menggunakan Apple Watch, pengguna boleh menjawab panggilan, membalas pesanan atau emel dan notifikasi secara mudah, dalam sekali imbas, pengguna boleh tahu siapa yang menghubungi dengan menetapkan nada dering berbeza untuk setiap individu.

Apple Watch Menawarkan cara baru berkomunikasi iaitu secara melukis, walkie talkie, tap atau degupan jantung.

Dengan aplikasi workout ia membantu aktiviti senaman serta mengira kalori anda.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan kalendar, peta, passbook, Music, Apple TV iTunes, kamera antara ciri yang tersedia di dalam iWatch.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.