saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 30/08/2014

U9Z1T tawaran terbaharu Ninetology

DUA orang model menunjukkan telefon pintar U9Z1T yang sesuai bagi pengguna yang inginkan prestasi tinggi pada harga berpatutan.

PERKEMBANGAN pasaran telefon pintar yang semakin pesat membuatkan beberapa syarikat pengeluar mula bersaing untuk menghasilkan produk yang terbaik bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai.

Kerancakan itu juga membuka peluang kepada para pengguna untuk membuat pilihan terbaik yang memenuhi kehendak, cita rasa dan bajet mereka.

Sehubungan itu, jenama telefon pintar, Ninetology memperkenalkan model terbaharunya dalam siri teknologi U9 iaitu U9Z1T.

Dihasilkan dengan reka bentuk yang bergaya dan elegan, U9Z1T berkemampuan untuk bersaing dengan telefon-telefon pintar yang sedia ada di pasaran.

Didatangkan dengan paparan skrin berdefinisi tinggi lima inci (12.7 sentimeter) yang digerakkan oleh teknologi IPS, U9Z1T mampu memberi pengalaman melihat gambar serta menonton video dalam sudut tontonan lebih luas dan jelas.

Bagi mereka yang mementingkan kualiti fotografi pula, anda tidak perlu berasa risau kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera depan yang mempunyai resolusi 1.6 megapiksel dan belakang (13 megapiksel).

Sementara itu, bagi pengguna yang gemar memuat turun lagu, video dan filem bertaraf HD, faktor kepantasan memuat turun pasti menambat hati mereka.

Mana tidaknya, melalui telefon pintar U9Z1T, masalah tersebut boleh diatasi kerana peranti itu dilengkapi dengan teknologi terkini LTE 4G yang mampu memberi kepantasan internet yang maksimum.

Lebih menarik, ia juga beroperasi dengan pemproses terbaik iaitu Quad-Core berkelajuan 1.2 gigahertz (GHz) yang pasti memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna.

Buat pengetahuan pembaca .com, telefon yang mula diperkenalkan di negara ini pada pertengahan Jun lalu itu dibina dengan memori dalaman 8 gigabait (GB) dan mampu menerima kad mikroSD sehingga capaian 32GB.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga cukup ringan dan sudah pasti menjadi salah satu tarikan tambahan bagi mereka yang gemarkan telefon pintar berprestasi tinggi. Malah, ia juga tahan lasak jika terjatuh secara tidak sengaja.

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan bateri 2,000 miliampere-jam (mAh) yang mampu bertahan selama sehari dengan penggunaan yang optimum.

Bagi pengguna yang mahu menggunakan telefon pintar berdefinisi tinggi pada harga berpatutan, peranti ini adalah pilihan paling tepat kerana ia dijual pada harga RM899 di pusat-pusat jualan Ninetology yang boleh didapati di seluruh negara. - DHIYA’ZULHILMI DAUD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.