saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 18/08/2014

Rangka Mi4 lebih berkualiti

PEMBUAT telefon pintar China, Xiomi baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar pertamanya yang dilihat mampu menyaingi model iPhone.

Digelar Apple of the East, model pertama yang dikenali sebagai Mi4 itu diperbuat daripada bahan aluminium lebih berkualiti berbanding model sebelumnya iaitu Mi3.

Mi4 mempunyai skrin berukuran 5.5 inci berdefinisi penuh (Full HD) bersama skrin jenis 2K Quad HD yang menghasilkan resolusi skrin 2,560 x 1,440 piksel dengan teknologi IPS (In-Plane Switching).

Dikuasakan oleh pemprosesan quad core 2.5 giga herz (GHz) Snapdragon 805 beserta kapasiti RAM sebanyak 2 giga bait (GB), model terbaharu ini turut dilengkapi dengan kamera utama berukuran 16 megapiksel (MP) plus fitur autofocus dan LED flash sensor Sony serta Penstabil Imej Optikal (OIS) di samping kamera depan 5 MP untuk keperluan video call mahupun foto selfie.

Sebagai rekod, telefon pintar ini beroperasi menggunakan sistem antara muka V5 yang dibangunkan oleh syarikat dikenali dengan nama MIUI.

Berkapasiti storan sehingga 32 GB, Mi4 turut mendapat sokongan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Sempena pelancaran model baharu itu, sebuah video promosi telah dipertontonkan bagi menunjukkan reka bentuk Mi4 yang dilihat hampir serupa dengan reka bentuk iPhone.

Telah berada di pasaran tempatan, harga Mi4 dianggarkan sekitar RM1,100 dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh layari laman sosial facebook www.facebook.com/XiaomiMalaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.