saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 16/08/2014

Galaxy Grand 2 kemasan rona emas

SELAIN warna emas, Samsung turut menawarkan putih dan hitam sebagai pilihan pembeli.

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia Electronics) telah memperkenalkan telefon pintar baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini pada harga mampu milik.

Bukan hanya pada fungsi-fungsinya yang dipertingkatkan, malah Galaxy Grand 2 turut didatangi dengan dua pilihan warna premium iaitu emas dengan kemasan eksklusif dan moden.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong berkata, syarikat pengeluar telefon pintar itu optimis dalam memperkenalkan produk-produk baharu yang mengambil inspirasi daripada inovasi terkini yang mengikut kehendak pengguna masa kini.

"Setiap produk baharu yang diperkenalkan mempunyai keistimewaannya tersendiri sekali gus memudahkan pengguna dalam urusan seharian mereka," katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahnya, sasaran Galaxy Grand 2 juga dikhususkan kepada golongan profesional muda yang mahukan gaya terkini, selain skrin telefon besar untuk penggunaan peribadi dan kerjaya.

Sementara itu, warna premium emas berjaya menjadikan Galaxy Grand 2 lebih menonjol berbanding dengan telefon pintar sedia ada dalam pasaran, selain ditambah dengan fungsi dan aplikasi baharu.

Didatangkan dengan skrin besar, 133 milimeter bersama definisi tinggi 16:9, Galaxy Grand 2 turut dilengkapi dengan permukaan luar menggunakan material ala kulit.

Bukan itu sahaja, skrin luasnya juga membolehkan pengguna menonton filem, bermain permainan video dan membaca dalam talian dengan lebih menyeronokkan, di samping paparan berdefinisi tinggi.

Selain itu, peranti terbaharu ini turut mencatatkan prestasi terbaik apabila ia dilengkapi dengan prosesor Quad Core 1.2GHz yang mampu mengendalikan penggunaan kompleks dengan ketahanan bateri tahan lama iaitu 2,600mAh.

Tambah memikat hati pengguna, siri baharu Grand juga mempunyai keupayaan dwiSim yang membolehkan pengguna menukar rangkaian telefon dengan lancar, mengekalkan keseimbangan cara kerja dan aktiviti rekreasi dengan mudah.

Dari pandangan kaca mata berlainan, telefon pintar, tablet ataupun phablet Samsung yang sering dinilai lemah dari segi kameranya pula turut dipertingkatkan fungsinya melalui pengenalan fungsi-fungsi baharu seperti Best face, Best Photo dan Continuous Shot.

Dijual pada harga RM999.00, ia turut didatangkan dengan pilihan warna lain iaitu putih dan hitam. Galaxy Grand 2 kini boleh didapati di semua pusat jualan Samsung dan pengedar sah di seluruh Malaysia. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.