saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/10/2014

Kena bayar RM1,000 gagal dapatkan visa

GARA-GARA meminjamkan namanya untuk sebuah syarikat yang dikendali oleh bapa angkatnya, seorang wanita terpaksa membayar balik wang RM1,000 kepada seorang pekerja setelah syarikat itu gagal mendapatkan visa untuknya.

Sebelum itu semasa prosiding di hadapan Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), R. Nadarajan, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Dora menegaskan dia tidak mahu membayar kembali wang berkenaan kepada Jawahariah Hamid dengan alasan dia tidak menguruskan syarikat itu.

"Saya tahu syarikat itu memberi perkhidmatan atas nama saya tetapi mereka gunakan nama saya sahaja, bukan saya yang menguruskannya,"' katanya.

Jelasnya lagi, semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama syarikat itu kerana akaun tersebut menggunakan dua nama lain selain namanya iaitu Jasbir Abdul Khir (bapa angkat) dan Siti Salamiah Yusof, namun kedua-duanya menarik diri pada 11 Jun 2012.

Kata Dora, bapa angkatnya kemudian mendaftar semula syarikat itu iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk mencari pekerjaan di Australia, dengan menggunakan nama Dora sahaja pada 12 Februari lalu manakala wang RM1,000 telah dimasukkan oleh Jawahariah pada 5 Mac 2014.

"Tetapi saya tidak tahu ada duit masuk, sebab dia (Jawahariah) tidak bercakap dengan saya tetapi dengan orang lain. Kalau dia bercakap dengan saya, mesti saya tahu,'' katanya.

Jawahariah pantas memberitahu dia berurusan dengan Jasbir mengenai wang berkenaan dan visa tersebut.

Ketika ditanya Nadarajan mengenai Jasbir, Dora berkata, selepas kejadian itu, dia ada menghubungi bapa angkatnya yang dikenali sejak empat tahun lalu yang kini berada di luar negara dan dia dimaklumkan Jasbir sedang terlantar sakit sejak dua bulan lalu.

Setelah Dora bertegas tidak mahu membayar wang itu dengan alasan syarikat itu hanya menggunakan namanya, Nadarajan kemudian menjelaskan kepada Dora bahawa dia adalah pemilik syarikat berkenaan walaupun hanya sekadar meminjamkan nama dan tidak menguruskannya.

"Mengikut undang-undang walaupun kamu meminjamkan nama, kamu adalah pemiliknya dan sebarang risiko kamu yang kena tanggung kerana kamu telah menandatangani persetujuan untuk tukar nama,'' tegasnya.

Beliau kemudian mengarahkan Dora membayar RM1,000 kepada Jawahariah dalam tempoh 14 hari setelah keputusan itu dibuat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.