saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/10/2014

Mahkamah tangguh permohonan Surendran

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini memberi tempoh satu bulan kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk menjawab afidavit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung permohonannya untuk merujuk pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Zainol Rashid Hussain yang sepatutnya mendengar permohonan itu hari ini kemudian menangguhkan sehingga 19 November ini untuk sebutan bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan itu selepas menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan di kamar hakim, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada pemberita di luar mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir.

Pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Padang Serai itu memfailkan permohonan melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamany supaya pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen dirujuk ke Mahkamah Tinggi atas alasan akta itu bertentangan dengan artikel 5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana Surendran, 48, berpendapat, Akta Hasutan merupakan akta pra merdeka dan bukan diluluskan di Parlimen, dan dengan itu menjejaskan Artikel 10 Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara.

Pada 19 Ogos lalu, Surendran, yang juga seorang peguam mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu artikel berbaur hasutan pada April lalu berhubung penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mengikut pertuduhan, Surendran didakwa menerbitkan artikel bertajuk Press Release: Court of Appeal's Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Surendran bakal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.