saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/10/2014

Sebutan semula kes hasutan Rayer 14 Nov. ini

PULAU PINANG 17 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 14 November ini sebutan semula kes terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer yang didakwa atas dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ceramah di Jalan Delima, Jelutong, Mei lalu.

Hakim Zaharah Hussain memutuskan demikian hari ini selepas Gobind Singh Deo yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menunggu keputusan permohonan pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Azmi Sharom yang merujuk kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan didengar pada 5 dan 6 November ini.

Gobind berkata, perkara itu penting untuk mengetahui sama ada mahkamah mempunyai kuasa membicarakan kes membabitkan Akta Hasutan dan keputusan meneruskan kes terhadap Rayer bergantung kepada rujukan kes Azmi.

Rayer, 43, daripada parti DAP didakwa menyebut kata-kata menghasut ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei lalu.

Rayer didakwa mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Rayer mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pada 27 Ogos lalu.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Gobind turut memohon perkara sama terhadap anak guamnya itu yang menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama kerana didakwa menyebut kata-kata menghasut dalam ceramahnya di taman permainan kanak-kanak, Jalan Delima di sini, pada pukul 10 malam, 22 Mei lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan permohonan berkenaan.

Pendakwaan kedua-dua kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib.

Bagi pertuduhan pilihan pula, Rayer didakwa mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan pilihan dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.