saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 17/10/2014

Pengurusan kes pesta bogel pada 21 Nov.

DUA daripada empat yang terlibat dalam pesta bogel di Teluk Kampi Taman Negara Pulau Pinang hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret, Balik Pulau, semalam.

BALIK PULAU 16 Okt. - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 21 November ini pengurusan kes empat individu yang menghadapi pertuduhan menyertai pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang (TNPP), Teluk Bahang pada Mei lalu.

Majistret Mohammad Najib Ismail menetapkan demikian hari ini bagi membolehkan pihak pembelaan yang mewakili empat tertuduh terbabit yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, mendapatkan dokumen daripada pihak pendakwaan

Tertuduh-tertuduh berkenaan terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chia Wen, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38.

Keempat-empat mereka yang masing-masing diikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin, minta dibicarakan ketika dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 28 Ogos lalu.

Dalam prosiding hari ini, hanya peguam Jason Khor yang mewakili Guan Hoon hadir manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili tiga lagi tertuduh terbabit tidak hadir.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh-tertuduh tersebut didakwa telah mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini antara pukul 3 dan 6 petang, 30 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya .

Pada 28 Ogos lalu, enam lagi peserta pesta bogel itu iaitu Loh Kok Hong, 41, Mu Wai Peng, 34, Justin Ang Ji Keng, 24, Yam Kam Hoong, 54, Lionel Loo Joo Heng, 52, dan R. Nanda Kumar, 40, telah mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan.

Selain itu, Kam Hoong yang dikatakan penganjur kedua turut didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menghasilkan video lucah. Bagi kesalahan itu, dia turut mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.