saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 17/10/2014

Koperal hadapi enam tuduhan rasuah

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM900 untuk melepaskan tiga lelaki yang disyaki positif dadah, awal tahun ini.

Roslan Ariffin, 46, dari Balai Polis Sri Lalang, Kluang mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Roslan didakwa meminta wang tunai masing-masing sebanyak RM300 daripada Muhammad Haziq Abu Hurairah, Mohamad Nor Akhmal Zulkifli dan Wan Mohamad Iskandar Wan Abdullah sebagai dorongan melepaskan mereka yang ditahan polis kerana disyaki positif dadah.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Sri Lalang, Kluang antara pukul 4.30 petang dan 5.30 petang, 1 Januari lalu.

Bagi pertuduhan keempat, Roslan pada tarikh dan tempat yang sama didakwa menerima wang tunai RM300 daripada Muhammad Shahrul Fitri Ngadimon antara pukul 6 petang dan 6.30 petang sebagai dorongan untuk melepaskan Mohamad Nor Akhmal.

Pada masa, tarikh dan tempat yang sama, dia dituduh menerima RM300 daripada Mohamad Nor Akhmal sebagai dorongan untuk melepaskan Muhammad Haziq.

Pertuduhan keenam pula menyebut, Roslan didakwa menerima wang tunai RM300 daripada Wan Mohamad Iskandar pada pukul 11 malam, tarikh yang sama berhampiran pondok pengawal balai polis berkenaan bagi tujuan yang sama.

Pertuduhan pertama hingga ketiga dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan keempat hingga keenam pula mengikut Seksyen 17(a) akta sama yang kesemuanya boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta tersebut.

Di bawah seksyen berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rizduan Malik.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 17 November ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.