saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/10/2014

Mahkamah tetapkan 21 Nov pengurusan kes empat individu berbogel

BALIK PULAU 16 Okt. - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Nov untuk pengurusan kes empat individu yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di tempat awam pada 30 Mei lepas.

Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen daripada pihak pendakwaan.

Tertuduh yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38, telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM4,000 berserta seorang penjamin.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di antara pukul 3 hingga 6 petang.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Wan Noraini Ahmad yang mewakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani dan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan.

Teh diwakili peguam Jason Khor Jit Cheng manakala tertuduh yang lain diwakili peguam Gobind Singh Deo. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.