saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/10/2014

SYARIKAT didenda RM35,000 ingkar perintah tutup premis

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Sebuah syarikat pembinaan yang beberapa kali ingkar perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan bertujuan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes didenda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum dihadapkan ke mahkamah hari ini, Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Titiwangsa pernah mengeluarkan sebanyak empat kali perintah yang sama terhadap syarikat Maran Econ Build Sdn. Bhd. yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di Lot 28368, Jalan 34/26, Seksyen 10, Wangsa Maju, Setapak di sini.

Kali ini syarikat itu tidak boleh melepaskan diri apabila diheret ke mahkamah dan wakilnya mengaku bersalah di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan atas tuduhan ingkar terhadap perintah yang dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Mohd. Asri Muda pada 23 Ogos lalu setelah pemantauan kepatuhan perintah penutupan itu dilakukan pada pukul 10.25 pagi, 28 Ogos lalu.

Mahkamah memerintahkan syarikat itu yang diwakili oleh seorang pengarahnya didenda RM8,500 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut berdasarkan pertuduhan utama mengikut Seksyen 8(8) dibaca bersama Seksyen 8(3) (aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 23(a) akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua orang kena saman (OKS) boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan syarikat itu dikenakan denda harian berjumlah RM26,500 iaitu RM500 setiap satu hari kesalahan dilakukan bermula dari 23 Ogos lalu sehingga hari ini mengikut akta yang sama.

Pertuduhan dikendali Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan, Ideris Mohamed manakala syarikat itu diwakili peguam, R. Rameswaran.

Berdasarkan fakta kes, hasil pemantauan pegawai kementerian itu terhadap premis tersebut mendapati kerja-kerja pembinaan sedang berjalan walaupun perintah penutupan telah dikeluarkan bagi mengambil langkah-langkah supaya premis tersebut tidak lagi menjadi tempat pembiakan serangga yang membawa penyakit.

Terdahulu, Rameswaran memohon mahkamah mengenakan denda sahaja kepada anak guamnya berikutan pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah selain telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu serta berjanji akan bekerjasama memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

Walau bagaimanapun, Ideris memohon hukuman setimpal dijatuhkan bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu kerana pernah disabitkan dengan perintah penutupan lampau seawal 5 Mac lalu selain mengambil kira tapak-tapak pembinaan merupakan penyumbang utama wabak denggi yang berleluasa di ibu negara.

Malah katanya, sepanjang tempoh bermula Januari lalu sehingga hari ini, zon Titiwangsa telah mencatatkan tujuh kematian akibat wabak penyakit tersebut dengan jumlah kes sebanyak 1,334.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.