saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/10/2014

Muhammad Shafee kekal

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH

PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Persekutuan hari ini berpendapat, pelantikan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan akhir kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjejaskan integriti rayuan itu yang akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berpuas hati Muhammad Shafee layak mengetuai pasukan pendakwaan kerana pelantikan beliau selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dilakukan mengikut Kanun Tatacara Jenayah serta budi bicara Peguam Negara yang termaktub di bawah Perlembagaan.

Mahkamah berpendapat, Anwar sepatutnya mencabar budi bicara Peguam Negara melantik Muhammad Shafee melalui permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bukannya dengan cara memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan berpendapat, tiada sebab untuk mereka mencampuri urusan Peguam Negara melaksanakan budi bicaranya melantik peguam tersebut dalam rayuan itu.

Mahkamah memutuskan demikian ketika menolak rayuan kali ketiga Anwar untuk menyingkirkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Sebelum ini, dua percubaan Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya telah ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Penghujung bulan ini, mahkamah tertinggi negara akan mendengar rayuan akhir Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Arifin ketika mengumumkan keputusan itu menyatakan, fakta-fakta yang dihujahkan di hadapan panel bersidang bukan merupakan alasan yang mencukupi untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Pada hemat panel itu, isu berhubung denda RM5,000 yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin Pengamal Undang-Undang pada 5 Oktober 2012 terhadap peguam itu, selepas didapati melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976, tidak menyokong rayuan untuk menggugurkan beliau daripada pasukan pendakwaan.

Mahkamah turut mendengar isu bahawa Muhammad Shafee pernah bertindak selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mendapati pegawai penyiasat dalam kes liwat, Judy Blacious Pereira bukan saksi yang boleh dipercayai ketika inkuiri terhadap penahanan lima peguam di Balai Polis Brickfields pada 2007.

Menurut Hakim Arifin, kuorum berkenaan berpuas hati bahawa tidak timbul konflik kepentingan berhubung dapatan suruhajaya itu kerana inkuiri tersebut tiada kaitan dengan rayuan kes liwat Anwar.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan, pihaknya menerima keputusan itu dan bersedia mengemukakan rayuan yang akan didengar selama dua hari pada akhir bulan ini.

Ketika ditanya keadaan kesihatan peguam utama yang mengetuai pasukan pembelaan, Datuk Sulaiman Abdullah yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan lutut, Anwar menyatakan, peguam tersebut bersedia untuk mengemukakan rayuan.

Menurut Anwar, perkara itu dimaklumkan oleh Sulaiman kepada beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika mereka menemuinya minggu lalu bagi mengetahui perkembangan rayuan kelak.

Sementara itu, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, R. Sivarasa turut memberitahu, cuti sakit Sulaiman berakhir semalam.

Anwar merayu keputusan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh Panel mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan liwat.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.