saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

AS perhebat serangan ke atas ISIL

WASHINGTON 17 Okt. - Tentera pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat melancarkan 14 serangan udara ke atas Kobani semalam, bandar strategik di sempadan Syria-Turki, pada hari ketiga serangan yang menjadikan militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahan (ISIL) sebagai sasaran.

Laman web aljazeera.com yang memetik kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), yang dikeluarkan semalam melaporkan, serangan semalam dan kelmarin itu memperlahankan kemaraan anggota ISIL, tetapi situasi keselamatan di Kobani masih meruncing.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 53 serangan udara dilancarkan sekitar Kobani sejak Isnin lalu termasuk ke atas 19 buah bangunan, dua pos kawalan, tiga anggota militan dan tiga penyerang hendap.

Wakil aljazeera, Bernard Smith yang berada di sempadan Syria dan Turki melaporkan sekurang-kurangnya lima bedilan dilancarkan ke atas bandar itu lewat semalam.

"Serangan udara membolehkan pasukan bersenjata Kurdis di Kobani mendapatkan kembali tanah yang mereka yang ditawan ISIL," katanya.

Jabatan Pertahanan AS berkata, serangan udara itu turut mengorbankan beratus-ratus anggota kumpulan militan Negara Islam (IS), sekali gus memberi amaran bandar itu akan jatuh kepada kumpulan itu yang telah merampas sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria.

Sementara itu, seorang pegawai Kurdis yang enggan dikenali berkata, anggota bersenjata Kurdis memerlukan senjata untuk melawan militan ISIL dan mengambil kembali kawasan mereka.

Semalam, Pusat Pemerintah Tentera AS berkata, serangan terbaharu itu dirancang untuk melemahkan kekuatan ISIL dan menyekat kemasukan senjata.

Sementara itu, Pentagon berkata, rundingan antara AS dan Turki berhubung kerjasama untuk memerangi ISIL berjalan lancar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.