saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Malaysia terima ucapan tahniah

wAKIL negara-negara anggota PBB bersiap sedia untuk mengundi bagi memilih lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan, di New York, kelmarin. Malaysia, Venezuela, Angola, Sepanyol dan New Zealand dipilih mengisi lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dalam undian itu. - AFP

NEW YORK 17 Okt. - Dunia mengucapkan tahniah kepada Malaysia, Angola, Venezuela, Sepanyol dan New Zealand atas pemilihan negara-negara berkenaan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), semalam.

Portal berita TurkeyAgenda me­metik Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sebagai berkata, walaupun negara itu tidak berjaya dalam pemilihan tersebut, Ankara ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan kelima-lima negara tersebut menjadi anggota tidak tetap UNSC.

"Turki akan terus memberikan kerjasama institusi wilayah dan antarabangsa, walaupun tidak terpilih kali ini,'' katanya selepas pengumuman keputusan berkenaan.

Seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Perdagangan dan Pembangunan Kanada, Claude Rochon pula berkata, Ottawa mengharapkan semua anggota Majlis Keselamatan melaksanakan tanggungawab yang membina bagi menangani cabaran dalam keamanan dan keselamatan global.

Dalam pada itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa gembira atas kejayaan Malaysia dipilih buat kali keempat dalam Majlis Keselamatan PBB.

Beliau turut berbangga Malaysia meraih undian kedua tertinggi, sekali gus mencatat sejarah berbanding kejayaan sebelum ini.

Malaysia menduduki tempat ke­dua dengan 187 undi daripada 192 negara yang mengundi pada Perhimpunan Agung PBB, di sini semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.