saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani

WASHINGTON 16 Okt. - Beratus-ratus anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas pekan Kobani, bandar strategik di sempadan Syria-Turki.

Pusat Pemerintah Tentera AS berkata, pesawat tentera bersekutu mengebom 18 kedudukan termasuk 16 bangunan yang dikuasai militan IS berdekatan Kobani, sejak dua hari lalu.

Namun jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby memberi amaran, perkembangan tersebut belum pasti dapat menyelamatkan pekan tersebut daripada jatuh ke tangan kumpulan militan itu.

Menurut Kirby, jumlah anggota IS semakin bertambah di bandar berkenaan sebagai usaha kumpulan militan itu untuk menguasai Kobani.

Menurut laporan Pertubuhan Pemantau Hak Asasi bagi Syria, kira-kira 662 orang terbunuh dalam pertempuran di darat sejak sebulan lalu di Kobani, termasuk 20 orang awam.

Jelas pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, IS kehilangan 374 anggota dan 268 orang lagi merupakan pejuang Kurdis,

Komander AS menamakan operasi menentang IS sebagai Operasi Inherent Resolve selepas lebih dua bulan memerangi militan tersebt di Syria dan Iraq.

Di Iraq, pihak keselamatan yang dibantu kumpulan bersenjata bertempur selama tujuh jam untuk mematahkan serangan IS ke atas bandar Ramadi, manakala pasukan tentera di pekan utama Amriyat al-Fallujah, masih bertahan dan menerima bantuan daripada tentera Iraq.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran, nasib pekan itu berada dalam situasi yang berbahaya dan jika Amriyat ditawan, peperangan akan menghampiri ibu negara, Baghdad dan bandar utama puak Syiah, Karbala.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Turki hanya membenarkan pelarian Syria merentasi sempadan menggunakan sempadan negara itu untuk memerangi kumpulan IS di pekan Kobani, sekali gus menolak permitntaan Barat yang mahu pintu sempadannya dibuka.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, penduduk tempatan atau rakyat negara lain tidak dibenarkan melintasi sempadan bagi menyertai perjuangan di pekan strategik tersebut. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.