saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Pemimpin Hong Kong sedia berunding

SEORANG pegawai polis berpakaian biasa mengancam untuk menggunakan penyembur lada kepada seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi ketika penunjuk perasaan cuba 'menawan' sebatang jalan utama di Hong Kong, semalam. - AFP

SHANGHAI 16 Okt. - Pemimpin Hong Kong, hari ini membuat tawaran bersedia menyambung semula perbincangan dengan pemimpin pelajar, selepas kerajaan menarik diri daripada perbincangan itu secara tiba-tiba sebelum ini, bagi menamatkan demonstrasi besar-besaran.

"Sejak beberapa hari lalu termasuk pagi ini, kita berharap pelajar bersetuju memulakan dialog secepat mungkin bagi membincangkan hak mengundi secara bebas," kata Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-Ying.

Tawaran itu dibuat selepas berlaku keganasan selama dua hari antara pasukan polis dan penunjuk perasaan di mana rakaman video tersebut menunjukkan pegawai polis yang tidak memakai uniform memukul seorang penunjuk perasaan dalam keadaan tangannya digari dan terbaring di sebuah taman awal pagi semalam.

Video tersebut mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang sebelum ini menuduh polis menggunakan kekerasan yang keterlaluan dan gagal melindungi rakyat daripada diserang oleh penyokong kerajaan.

Chun-ying, bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan berkata, beliau tidak mahu mempolitikkan kejadian tersebut.

"Penunjuk perasaan menuntut beliau meletak jawatan dan mahu Beijing membatalkan keputusan yang dibuat pada Ogos lalu berhubung pemilihan pengganti Chun-ying dalam pilihan raya Ketua Eksekutif Hong Kong pada 2017 dan mahu perkara itu disemak semula oleh satu jawatankuasa.

Sementara itu, China menyekat laman web agensi penyiar BBC, dalam satu kenyataan lewat semalam, ketika konflik di negara ini kembali memuncak.

BBC melaporkan langkah itu dilihat seolah-olah sebagai 'tapisan yang disengajakan', ia bagaimanapun tidak menyebut sama ada turut menyekat beberapa laman web lain seperti New York Times, berita Bloomberg dan laman web BBC edisi China.

"BBC mengutuk sekeras-keras sebarang usaha menghadkan akses percuma berita dan maklumat dan kami membantah tindakan pihak berkuasa China itu, kes ini menjadi tapisan yang disengajakan," kata Pengarah Kumpulan BBC, Peter Horrocks. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.