KOTA
ARKIB : 17/10/2014
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan

CYBERJAYA 16 Okt. - Pensyarah Universiti Multimedia (MMU), Prof. Dr. Murali Raman mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta Sistem Kesedaran Pengurusan Kecemasan Komuniti (CEMAS) bagi meningkatkan tahap pengurusan bencana alam dan kecemasan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).
Beliau berkata, sistem tersebut membolehkan bantuan dan tindakan pantas diambil sebaik sahaja berlaku bencana sekali gus mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
"Kejadian kecemasan boleh berlaku di mana-mana contohnya kejadian banjir, tanah runtuh, kemarau, jerebu, ribut, wabak penyakit, tanah runtuh dan sebagainya.
"Ini termasuklahlah kecemasan seperti insiden letupan bom di Bukit Bintang baru-baru ini," katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana di Dewan E-Teater di sini, baru-baru ini.
Yang turut hadir pada majlis itu Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mohamad Rasat Mohamad.
Murali dari Fakulti Pengurusan MMU berkata, CEMAS dibangunkan untuk membantu pihak berkuasa dan masyarakat lebih bersedia dan berwaspada menghadapi kes kecemasan dan bencana alam serta melicinkan kerja-kerja menyelamat dan mengagihkan bantuan.
Beliau yang mengetuai sepasukan penyelidik berkata, sistem itu berasaskan laman web yang mempunyai dua komponen iaitu Mysedia dan i-CEMAS.
Menurutnya, Mysedia ialah portal komuniti untuk penduduk berkongsi maklumat dan pengetahuan, pemberitahuan umum di sesuatu kawasan dan perbincangan secara maya dalam forum atau media sosial yang sekali gus membantu orang ramai lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan.
Komponen i-CEMAS pula, katanya, ialah sistem bersepadu yang mempunyai rangkaian jaringan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), agensi dan jabatan kerajaan serta swasta yang berkaitan dengan bencana alam.
Murali yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sistem Pengurusan dari Pusat Pengajian IS dan IT Claremont Graduate University, Amerika Syarikat, berkata, sistem itu memberi koordinasi bersepadu lebih berkesan untuk membolehkan tindakan diambil dengan pantas membabitkan pelbagai agensi.
Katanya, keberkesanan sistem itu telah diuji dan diiktiraf oleh MKN dalam beberapa kerja pengurusan bencana sebelum ini.
Ujarnya, ia juga mendapat beberapa penghargaan termasuk pingat emas dalam Pameran Inovasi (Pecipta 2013), pingat perak di Pameran ITEX-14 dan menerima anugerah ke-10 terbaik dalam Anugerah Inovasi Kebangsaan.
'Bukan salah kami'
LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan
Sokong lupus deposit 10 %
Peluang kenali Kampung Baru
Imej baharu Dataran Merdeka
PicoSA mampu lahirkan pencipta muda kreatif
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula
Tanah perkuburan tidak cukup
Bertindak tegas tangani pencemaran sungai
54 peniaga asing ditahan
Bilik sampah jadi tempat teduh
Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk
Hujan jejas bukti pencemaran
Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih
PENDUDUK PPR BASMI DENGGI
Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS
Kuala Lumpur masih selamat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












