saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

AIA perkenal perkhidmatan Med-Ekspress

KUALA LUMPUR 17 Okt. - AIA Bhd. menerusi anak syarikatnya, AIA Health Services Sdn. Bhd. dan Lovy Pharmacy melancarkan AIA Med-Express, perkhidmatan penghantaran preskripsi ulangan ubat-ubatan jangka panjang kepada pelanggan korporat mereka.

Ketua Pegawai AIA Health Services, Jamie Yu berkata, perkhidmatan itu akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 pemegang kad perubatan merah AIA.

Katanya, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi boleh menerima preskripsi ulangan ubat-ubatan di depan pintu rumah tanpa sebarang caj tambahan.

"AIA Med-Express mencerminkan komitmen jenama kami untuk benar-benar terlibat dalam kehidupan pelanggan dan memahami kebimbangan mereka serta cabaran yang dihadapi.

"Bagi pasaran domestik, AIA memiliki pegangan pasaran sebanyak 64 peratus dalam menyediakan penyelesaian faedah untuk pekerja dan perkembangan bagi pasaran tersebut sangat menggalakkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara AIA Health Services dan Lovy Pharmacy di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Lovy Pharmacy, Lovy Beh.

Pemegang kad AIA yang layak boleh mendaftar untuk mendapat perkhidmatan tersebut dengan memberi butir peribadi, nama dan dos ubat mereka serta satu salinan preskripsi doktor yang sah kepada AIA.

Lovy Pharmacy kemudian akan menghubungi mereka untuk mengesahkan butiran diri, mengatur masa dan lokasi penghantaran berdasarkan garis panduan amalan dispensari baik bagi memastikan ubat yang betul, termasuk dos serta kuantiti diserahkan dengan arahan yang jelas.

Setelah arahan itu disahkan, pemegang kad AIA akan menerima bekalan sebulan ubat-ubatan mereka dalam tempoh satu hari bekerja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.