KORPORAT
ARKIB : 18/10/2014
SME Factors mahu kembang perniagaan ke Sri Lanka
KUALA LUMPUR 17 Okt. - SME Factors Sdn. Bhd. (SME Factors), sebuah syarikat penyelesaian aliran tunai terkemuka di Malaysia mahu meluaskan perkhidmatannya ke Sri Lanka bagi membantu pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Zed Syed Mustafa berkata, perbincangan awal antara SME Factors dan Menteri Kewangan Sri Lanka sewaktu berkunjung ke negara itu juga berjaya merumuskan beberapa langkah penting.
Malah, katanya, kunjungan SME Factors ke Sri Lanka adalah atas jemputan khas Timbalan Menteri Kewangannya, Sarath Dr. Kudabelungala yang serius dan berhasrat untuk membangunkan sektor PKS di negara itu.
"PKS memainkan peranan penting dalam membantu menaik taraf ekonomi perniagaan di Sri Lanka kerana 80 peratus daripada hasil pendapatan mereka adalah daripada sektor itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kebanyakan PKS di Sri Lanka melibatkan diri dalam bidang pertanian seperti rempah-ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran serta bidang pembuatan di mana bidang itu merangkumi 20 peratus daripada pertumbuhan sektor PKS.
Bagi perancangan sepanjang tahun ini, kerajaan Sri Lanka juga mengambil beberapa langkah dengan meningkatkan bantuan kewangan, pembangunan kemahiran, teknologi, rangkaian PKS dan juga khidmat nasihat.
Inisiatif kerajaan Sri Lanka itu turut meningkatkan akses kepada pelbagai bentuk bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan syarikat-syarikat asing di sana termasuk SME Factors.
Tambah Syed Zed, syarikatnya sudah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada lebih 8,000 PKS di negara ini dan turut menerima sokongan daripada kerajaan Malaysia.
Katanya, hal ini dibuktikan melalui pelancaran Program Pemerkasaan Usahawan Bumiputera (PUB) di mana menerusi program tersebut, SME Factors adalah satu-satunya institusi kewangan swasta yang mampu menawarkan nilai kemudahan pembiayaan sebanyak RM250 juta bagi membantu meningkatkan ekonomi bumiputera.
Menurut beliau, kerjasama lain membabitkan SME Factors adalah pelancaran bantuan kemudahan kredit untuk Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia (PBBM) pada 2012 bernilai RM200 juta.
"Kami berbangga dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dan mengambil bahagian dalam membantu pertumbuhan ekonomi Sri Lanka. Kementerian Kewangan Sri Lanka berminat untuk meningkatkan industri PKS di negara itu dan kami gembira untuk memainkan peranan yang penting untuk tujuan ini.
"Syarikat kami sentiasa fokus dalam mencapai objektif iaitu membantu PKS untuk mencapai matlamat perniagaan masing-masing menerusi bantuan kewangan. Matlamat kami adalah untuk memenuhi impian kerajaan Sri Lanka dan kami juga berharap dapat menjadi syarikat pemfaktoran dan penyelesaian aliran tunai terkemuka di rantau Asia," katanya.
Lembah Sari terima kontrak secara tender terbuka
Bank diminta bantu pembeli rumah pertama
Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan
UDA dan Tradewinds bangun semula BB Plaza
SME Factors mahu kembang perniagaan ke Sri Lanka
Malindo Air mula penerbangan Ipoh-Jb, Ipoh-Medan
AIA perkenal perkhidmatan Med-Ekspress
Belum berpuas hati - Badlisham
Syarikat bumiputera digalak majukan tanah rizab
Aplikasi pintar PruBSN UmmahLink
TNB tidak pernah iktiraf alat jimat elektrik
Sektor pembinaan guna MyCESMM
Pizza Hut sedia laksana GST
Philips Group mahu bekerjasama dengan kerajaan
Iskandar catat pelaburan RM10b S3
KLIA terima pendaratan pesawat B787 Dreamliner pertama milik Royal Jordanian
Harga baharu Toyota Altis
T'Shoppe Durian Burung contoh perniagaan runcit paling berjaya di Terengganu
31 syarikat disaman tiru rekaan Chuck Taylor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












