saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2014

Lembah Sari terima kontrak secara tender terbuka

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Lembah Sari Sdn. Bhd. (Lembah Sari) hari ini tampil membuat penjelasan bahawa pihaknya menerima kontrak daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bernilai RM77 juta bukan secara rundingan terus sebaliknya secara tender terbuka.

Lembah Sari menerima kontrak itu bagi membekalkan setem cukai untuk minuman keras yang diimport.

Lembah Sari dalam kenyataan berkata, syarikat mengambil bahagian dalam tender terbuka dan dianugerahkan kontrak berkenaan bagi tujuan mengawal dan memantau hasil kutipan cukai kerajaan.

Jelasnya, syarikat juga mempunyai kemampuan dan berpengalaman menyediakan perkhidmatan untuk mereka bentuk, mencetak, menyimpan dengan selamat, membekal dan mengedarkan produk keselamatan termasuk setem cukai.

Katanya, Lembah Sari memiliki hampir 10 tahun pengalaman dan pakar dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi melindungi hasil kerajaan, perlindungan jenama dan penyelesaian keselamatan serta produk.

"Syarikat juga membekalkan alat peranti pengesahan yang unik dan mengadakan latihan yang diperlukan," katanya di sini hari ini.

Lembah Sari memberi penjelasan itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kelmarin yang mempersoalkan kewajaran adik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein iaitu Datuk Haris Onn yang juga pemilik Lembah Sari, menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Pua mempersoalkan sama ada syarikat itu menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

Semalam, Hishammuddin turut menafikan dakwaan kononnya membantu adik beliau mendapatkan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras daripada kerajaan.

Tambah Lembah Sari, kontrak tersebut akan dilaksanakan dari 2014 sehingga 2019 dan bernilai RM77 juta atau RM15.4 juta setiap tahun bagi tempoh lima tahun.

Butiran tender ini dan juga penganugerahan kontrak turut disiarkan di laman web rasmi JKDM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.