saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

T'Shoppe Durian Burung contoh perniagaan runcit paling berjaya di Terengganu

ZURAIDAH Razali (kanan) bersama sebahagian pekerjanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Kedai serbaneka 24 jam jenama T'Shoppe yang diusahakan DB ASBA Trading Sdn. Bhd. di Durian Burung di sini, mencatat perolehan purata lebih RM150,000 sebulan.

Perolehan melonjak dari tahun ke tahun itu meletakkan Zuraidah Razali sebagai usahawan runcit T' Shoppe di bawah 'flagship' Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu yang paling berjaya.

Pelaksanaan program yang disahut oleh Zuraidah bersama rakan kongsinya di bawah sektor peruncitan itu digerakkan melalui CAKNA Sdn. Bhd. (CSB) dengan kerajaan negeri melalui YPU menyediakan pembiayaan pinjaman di samping khidmat bimbingan dan pemantauan.

T'Shoppe Durian Burung merupakan satu-satunya daripada 13 rangkaian T'Shoppe yang beroperasi di negeri ini sehingga kini (daripada 100 buah yang disasarkan) di samping tiga lagi di Kedah melalui projek melahirkan lebih ramai usahawan runcit anak negeri yang digerakkan mulai 2009.

Pengurusnya, Zuraidah Razali ketika ditemui baru-baru ini berkata, T'shoppe berada di landasan yang betul apabila mampu mencapai nilai jualan yang amat memberangsangkan dan di luar jangkaan kira-kira RM150,000 sebulan sejak Jun tahun lalu.

Katanya, pencapaian itu dipacu oleh sambutan menggalakkan melalui penyediaan pelbagai barangan keperluan setanding dengan kedai serbaneka rangkaian antarabangsa dengan harga berpatutan, di samping kemudahan fotostat, jualan kad prabayar, perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) dan pembayaran bil-bil utiliti.

"Setelah sudah hampir empat tahun bertapak dengan sembilan orang pekerja, mulai pertengahan tahun lalu jualan kedai dapat distabilkan dengan purata jualan lebih RM4,000 sehari dan jumlah itu mampu menjangkau RM6,000 sehari pada hujung minggu,'' ujarnya.

Menurut Zuraidah, pencapaian konsisten perniagaan yang diusahakan bersama rakan, Adibah Shairah Ahmad dan adiknya, Mohd. Amirul Salihan pada 21 November 2010 itu turut memberi tuah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship YPU Terengganu 2011.

Memulakan perniagaan dengan modal awal sebanyak RM150,000 ketika itu, ketiga-tiga mereka sangat terhutang budi kepada YPU yang turut menyuntik modal sebanyak RM50,000, memberikan latihan keusahawanan, di samping bantuan daripada institusi lain termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"YPU juga telah menjadikan kedai ini sebagai model rujukan buat pengusaha perniagaan runcit T'Shoppe baharu serta lokasi cadangan buat usahawan tempatan dalam memasarkan produk industri kecil dan sederhana yang diusahakan mereka berikutan jualan makanan sejuk beku yang rancak di sini," katanya.

Zuraidah memberitahu, walaupun kehabisan stok barangan merupakan kekangan utama yang sering dihadapi dalam perniagaan runcit itu, namun, dia tetap berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Mulai bulan lalu, DB ASBA Trading Sdn. Bhd. melangkah setapak dengan memulakan perniagaan berasaskan perkhidmatan inap desa menerusi Inaptamu Sofi Guest House di Jalan Panji Alam di sini, di samping merancang pembukaan kedai jualan kad prabayar telefon bimbit tahun depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.