saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

KLIA terima pendaratan pesawat B787 Dreamliner pertama milik Royal Jordanian

ROYAL Jordanian B787 Dreamliner diberi sambutan semburan air sejurus mendarat di KLIA, kelmarin.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat detik bersejarah apabila menerima pendaratan pesawat model baharu pertama milik Royal Jordanian Airline (Royal Jordanian), Boeing 787 Dreamliner, semalam.

Setakat ini, Royal Jordanian memiliki dua buah pesawat Boeing 787 Dreamliner dan menjelang akhir 2014, tiga buah pesawat lagi akan ditambah dalam penerbangan syarikat itu.

Pengurus Besar Pemasaran Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata, pihaknya berharap syarikat penerbangan itu akan terus makmur dengan beroperasi di KLIA dan menggunakan model pesawat baharu.

Katanya, pesawat baharu yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu dengan kemudahan yang lebih baik dalam pesawat akan memberi tambah nilai kepada para penumpang yang melakukan penerbangan bersama mereka.

"Royal Jordanian menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengoperasikan jadual penerbangan dengan menggunakan Boeing 787 Dreamliner ke KLIA setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Royal Jordanian beroperasi di KLIA sejak 2012 dengan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok-Amman.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Royal Jordanian, Nasser Lozi berkata, pesawat baharu yang dimiliki syarikat akan membantu meningkatkan operasi terutamanya dalam perkhidmatan dan penerbangan selain mengurangkan kos penyelenggaraan.

"Menerusi kemudahan yang ditawarkan ini, kami menjangkakan lebih ramai penumpang dapat menikmati pengalaman penerbangan mewah dan selesa," ujarnya.

Boeing 787 Dreamliner yang menawarkan 24 tempat duduk kelas perniagaan dan 246 tempat duduk ekonomi merupakan salah satu usaha Royal Jordanian untuk menaik taraf dan memodenkan pesawat mereka bagi laluan pener­bangan jarak sederhana dan jauh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.