saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Philips Group mahu bekerjasama dengan kerajaan

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Philips Group berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi me­ningkatkan kehidupan penduduk-penduduk kampung di negara ini terutama di Sabah dan Sarawak dalam usaha menaik taraf kemudahan dan infrastruktur seperti yang diumumkan dalam Bajet 2015.

Pengurus Negaranya, Muhammad Ali Jaleel berkata, satu daripada program yang diumumkan kerajaan bagi menaik taraf kehidupan penduduk kampung tersebut adalah memasang tambahan 10 tiang lampu kepada 20 tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan 22,000 kampung dan peruntukkan sebanyak RM26 juta.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan penyediaan lampu jalan sebanyak RM56 juta bagi kampung-kampung tersebut.

"Kami mempunyai pengalaman bekerjasama dengan kerajaan negara ini bagi projek lampu yang signifikan seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Perpustakaan Negara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan Lebuhraya Persekutuan.

"Oleh itu, kami berhasrat untuk meneruskan usaha sama ini dan menawarkan perkhidmatan kami untuk menyediakan keperluan rakyat serta membantu kerajaan mencapai misi mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan minggu lalu, kerajaan menyatakan komitmen mereka untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di kawasan pedalaman.

Untuk tujuan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 bilion terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi tujuan terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.