saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Sektor pembinaan guna MyCESMM

KUCHING 16 Okt. - Sektor pembinaan di negara ini disaran mengguna pakai kaedah pengukuran standard iaitu Ukuran Kaedah Piawai Kejuruteraan Awam Malaysia (MyCESMM) yang dibangunkan sejak 2011.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penggunaan kaedah tersebut yang diguna pakai oleh semua pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mengurangkan pertikaian dan meningkatkan produktiviti serta keberkesanan kos sesuatu projek.

Menurut beliau, projek pem­bi­naan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran dalam menguruskan ratusan jenis bahan boleh menyebabkan berlaku ketidakseragaman.

"Kesan daripada ke­tidak­se­ra­gaman ini akan menyebabkan kos pembinaan meningkat kerana terpaksa memperbetulkan sebarang kesilapan yang telah berlaku.

"Dalam situasi inilah MyCESMM dapat memainkan peranan dengan menyediakan ukuran dan garis panduan yang seragam bagi semua pihak dalam projek pembinaan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar MyCESMM di sini hari ini.

Dalam majlis itu, satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai penggunaan MyCESMM turut dimeterai antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), JKR Sarawak, Jabatan Per­khidmatan Pembetungan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Menurut Fadillah, objektif My­CESMM adalah menggalakkan pe­­­nggiat industri menerapkan amalan terbaik dalam penye­ra­ga­man pengukuran kerja-kerja sivil mengikut standard sama bagi me­ngurangkan kekeliruan dan me­ningkatkan tahap pro­fe­siona­lisme.

"Sehubungan itu, saya menggesa semua penggiat industri terutama perunding kejuruteraan dan juru ukur bahan agar menggunakan standard MyCESMM untuk penyediaan 'bill of quantities' (BoQ) di dalam projek kerajaan dan swasta pada masa akan datang.

"Standard ini juga mempunyai pe­lan strategik dalam me­ngga­lakkan sistem perolehan yang adil dan efektif selain kesemua skop kerja dinyatakan dengan jelas dan seragam," ujarnya.

Seminar tersebut dianjurkan oleh CIDB untuk menerangkan keberkesanan MyCESMM dalam penyampaian projek kepada penggiat industri di Sarawak. Rekod CIDB menunjukkan 1,067 projek kejuruteraan awam bernilai RM20.16 billion diluluskan untuk Sarawak dalam tempoh 2010 hingga Jun 2014.

Sebelum ini, CIDB menjalankan inisiatif yang sama di Sabah dan memeterai MOU dengan JKR Sabah, Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), Pengurusan Aset Air Berhad dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM).

Sejak pelancarannya, MyCESMM digunakan dalam projek seperti meninggikan empangan Timah Tasoh Fasa Dua, Perlis bernilai RM250 juta, rangkaian paip pem­betungan Petaling Jaya Utara, Selangor ber­nilai RM277 juta dan penambahan kapasiti loji rawatan air Telibong di Tamparuli, Sabah bermilai RM250 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.