saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/10/2014

Belum berpuas hati - Badlisham

SEPANG 16 Okt. - "Belum berpuas hati." Itu reaksi Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali ketika ditanya mengenai perkembangan 39 lapangan terbang di seluruh negara yang diselia oleh syarikat berkenaan.

Lantaran itu, Badlisham menegaskan, pihaknya sedang menggubal pelan strategik untuk memastikan lapangan terbang khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang merupakan 'pintu masuk' utama ke dalam negara sentiasa berada pada tahap terbaik bagi menjaga nama baik negara pada kaca mata pelancong asing.

Mengakui usaha tersebut bukan mudah, Badlisham yang baharu lebih tiga bulan mengambil teraju kepimpinan MAHB, pada masa sama mengharapkan sokongan dan komitmen lebih 10,000 kakitangan MAHB di seluruh negara bagi merealisasikan hasrat tersebut kerana berpendapat lapangan terbang merupakan antara penanda aras kejayaan Malaysia dalam mencapai wawasan 2020 iaitu sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Beliau memberitahu, pada tahun lepas, jumlah penumpang dikendalikan di kesemua lapangan terbang berjumlah hampir 79 juta dengan KLIA dan klia2 sebanyak kira-kira 48 juta penumpang. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 83 juta orang pada tahun ini.

Katanya, antara penambahbaikan yang dijangka dilakukan ialah melibatkan bangunan satelit dan reka bentuk ruang niaga yang terdapat di KLIA, sesuai dengan kedudukannya sebagai lapangan terbang utama negara.

"Harapan saya ialah MAHB akan menjadi penggubal ekonomi kepada negara kerana industri penerbangan mempunyai kesan pelbagai secara langsung dan tidak langsung kepada ekonomi. Lapangan terbang merupakan pintu masuk ke dalam negara dan MAHB boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.

"Antara tanda negara maju dan berpendapatan tinggi yang orang boleh melihat ialah lapangan terbangnya. Kalau kita bandingkan apa yang kita ada di KLIA dan klia2, ini adalah tanda-tanda negara maju kerana lapangan terbang yang kita ada tidak bercirikan lama, tetapi bercirikan baharu dan mendahului jangkaan, dan MAHB mesti memainkan peranannya," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Utusan Malaysia di pejabat beliau di sini, semalam.

Menurut Badlisham, pelan yang dirangka bukan sahaja melibatkan aspek penambahbaikan lapangan terbang yang ada khususnya KLIA yang semakin 'dimamah usia', tetapi juga sektor bukan 'aerospace' yang mempunyai hubungan rapat dengan industri penerbangan.

Beliau berkata, kegagalan MAHB dalam mengendalikan lapangan-lapangan terbang sedia ada boleh memberi gambaran tidak tepat kepada penumpang khususnya penumpang antarabangsa mengenai negara seterusnya menjejaskan imej Malaysia.

"Selain syarikat penerbangan baharu, kita nak lihat penerbangan sedia dia punya kekerapannya bertambah," katanya.

Kata Badlisham, antara projek yang akan dan sedang dilaksanakan oleh MAHB ialah 'KLIA Aeropolis' yang apabila siap kelak bakal memberi dimensi baharu kepada KLIA tetapi juga imej Malaysia sebagai sebuah negara maju.

KLIA Aeropolis merupakan projek mega untuk menjadikan KLIA sebagai bandar raya lapangan terbang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.