saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/10/2014

Jawatankuasa khas pas visa syarikat Januari 2015

CYBERJAYA 15 Okt. - Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas mulai Januari depan berhubung pelaksanaan pas visa selama setahun untuk pelabur asing yang ingin mewujudkan syarikat permulaan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang berperanan menapis usahawan asing yang ingin memulakan perniagaan di negara ini.

Tambahnya, tujuan proses penelitian tersebut dilakukan bagi memastikan kemasukan pelabur asing benar-benar mampu berdaya saing dan mampu bertapak di Malaysia.

``Kita telah berbincang dengan agensi terlibat dan mereka bersetuju wujudkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau dan menapis setiap permohonan kemasukan usahawan asing.

"Mana-mana usahawan asing berjaya dan berkebolehan, kita akan lanjutkan visa pas setahun itu dan ini memberi peluang kepada mereka untuk terus mengukuhkan syarikat permulaan di negara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan bengkel Akademi Syarikat Permulaan anjuran MaGIC di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu, Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan model berbayar sebanyak RM75,000 kepada usahawan asing yang ingin mewujudkan syarikat permulaan di Malaysia selain diberikan pas visa selama setahun.

Inisiatif itu bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan bagi syarikat permulaan di rantau Asia Tenggara.

Mohd. Irwan memberitahu, kerajaan menyasarkan lebih banyak kemasukan pelabur asing menerusi perkembangan terbaharu itu yang dilihat boleh menambah pendapatan negara.

Katanya, negara berjaya meraih pendapatan sebanyak RM38.7 bilion pada tahun lalu dengan kemasukan pelaburan asing dan pihaknya menjangka jumlah itu meningkat pada tahun ini.

"Kita mahu ekonomi negara bertambah mapan dengan kemasukan pelaburan asing selain pertambahan pelabur tempatan kerana penglibatan kedua-duanya mampu menjana ekonomi negara," ujarnya.

Mohd. Irwan yang merupakan pengerusi MaGIC berkata, bengkel Akademi Syarikat Permulaan MaGIC yang berlangsung selama lima hari merupakan satu platform untuk membantu meningkatkan pengetahuan usahawan ke peringkat seterusnya.

"Bengkel yang bermula hari ini menawarkan kelas dan ceramah yang disampaikan tokoh dan mentor usahawan antarabangsa untuk berkongsi pengalaman kejayaan masing-masing.

"Kita berhasrat untuk memperluaskan bengkel ini ke seluruh negara secara berkala supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada program sebegini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.