saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 30/09/2014

Flos gigi, kumur mulut anda

DR. Neoh Leong Seng menunjukkan cara memberus gigi dengan betul.

SAKIT gigi yang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini adalah disebabkan gigi berlubang dan masalah tersebut selalunya dikesan berpunca daripada kurangnya menjaga kebersihan gigi.

Apabila berbicara mengenai kebersihan gigi, masyarakat berpendapat dengan memberus dua kali sehari setiap hari, ia dapat menghindari daripada mengalami sakit gigi.

Sebenarnya, dalam konteks ini apa yang perlu difahami ialah kebersihan gigi tidak tertakluk kepada memberus gigi sahaja kerana selain memberus kebersihan gigi turut melibatkan memflos dan berkumur.

Lazimnya, masyarakat hari ini tidak mempraktikkan dua lagi kaedah dalam penjagaan gigi iaitu memflos dan berkumur kerana mereka berpendapat dengan memberus gigi segala kekotoran serta sisa-sisa makanan dapat dibersihkan segali gus.

Dalam hal ini, doktor gigi dan wakil Persatuan Pergigian Malaysia(MDA), Dr. Neoh Leong Seng bersetuju malah berpendapat, masyarakat hari ini bukan sahaja tidak didedahkan dengan cara lain dalam penjagaan gigi malah mereka turut dilihat kurang diberi pendedahan mengenai penjagaan gigi dengan cara yang betul.

Menurut beliau, walaupun mempraktikkan memberus gigi dua kali sehari setiap hari, ini tidak bermakna individu tersebut tidak berisiko untuk mengalami sakit gigi kerana cara memberus juga memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi.

“Masyarakat hari ini beranggapan dengan memberus gigi sudah memadai untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sakit gigi tetapi sebenarnya salah.

“Ini kerana walaupun kita memberus gigi dua kali sehari, cara memberus turut memainkan peranan penting kerana salah berus, gigi akan mengalami pelbagai masalah oral yang lain.

“Oleh yang demikian, belajar cara memberus gigi dengan betul dan cara betul memberus gigi ialah jangan gopoh, pegang berus dan memberus dengan cara yang betul dan jangan berus gigi kurang daripada 10 saat," ujarnya yang ditemui di kliniknya di 65A, Tingkat 1, Jalan Lazat 1, Happy Garden, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut permasalahan tersebut, Dr. Leong Seng berkata, hari ini dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dinikmati, memberus sahaja tidak mencukupi kerana setiap hari sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut akan bertambah dan seterusnya akan mengakibatkan plak yang menyebabkan gigi berlubang dan reput.

Oleh yang demikian, Dr. Leong Seng menyarakan selain daripada memberus, setiap individu juga harus memflos gigi setiap hari dan ia memadai sekali sahaja.

Proses ini penting kerana dengan memflos ia akan menanggalkan plak dan sisa makanan di kawasan yang tidak dicapai berus gigi dan sekiranya ia diamalkan setiap kali selepas memberus gigi, gusi dan gigi akan menjadi lebih sihat.

Selain itu, berkumur juga merupakan rutin yang perlu selalu dipraktikkan.

Ini kerana, tutur Dr. Leong Seng, berkumur adalah sama penting seperti memberus dan memflos dan ia adalah untuk mencapai kawasan yang sukar dicapai oleh flos ataupun berus gigi yang paling kecil.

“Adalah amat penting mulut dijaga bersih dengan memberus, flos, dan berkumur kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi.

“Selain memberus gigi dengan teknik yang betul, berkumur mulut adalah cara termudah untuk memastikan plak disingkirkan setiap hari terutamanya selepas makan kerana sisa makanan akan mendap di celah gigi," ulasnya lanjut.

Dr. Leong Seng turut menasihatkan orang ramai di mana sekiranya mereka mahukan gigi kekal lama, berhati-hatilah dengan teknik memberus yang digunakan dan mulalah memflos dan berkumur untuk memastikan gigi dan gusi sentiasa sihat.

“Selain memberus, flos, dan berkumur, anda nasihatkan menjalani pemeriksaan rutin setiap enam bulan dengan pakar pergigian.

“Pada masa yang sama, janganlah menunggu sehingga anda sakit gigi baru berjumpa dengan doktor gigi kerana tiada salahnya sekiranya mengunjungi klinik gigi untuk mendapatkan rawatan serta penjagaan awal.

“Anda juga dinasihatkan agar menjaga pemakanan, elakkan makanan serta minuman yang manis serta minuman berkabonat kerana semua ini boleh merosakkan gigi anda," katanya sebelum mengakhiri bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.