saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 16/09/2014

Kebaikan rumpai laut Sabah

KEBAIKAN rumpai laut Sabah membuatkannya menjadi pilihan pengusaha produk kecantikan sebagai bahan utama di dalam produk keluaran mereka.

Bagi masyarakat Sabah, kebaikan rumpai laut sudah lama diketahui dan dijadikan sebagai bahan makanan dan kecantikan semula jadi.

Rumpai laut Sabah merupakan sumber kolagen asli yang murah dan berkesan. Banyak kebaikan kolagen di antaranya ialah membuang toksin dan bahan radikal bebas, meningkatkan metabolisme, merangsang penghasilan sel kulit baru, menyembuhkan luka, mengurangkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis dan sebagainya.

Menyedari pelbagai kebaikan yang terdapat di dalam rumpai laut, dua sahabat, Ibrahim Mohd. Zakal, 33, dan Azizul Mohd. Hassan, 35, memanfaatkan rumpai laut dalam produk kecantikan wajah keluaran mereka yang diberi nama De’Daun.

Telah setahun berada di pasaran, De’Daun mengandungi kolagen asli yang terdapat banyak di dalam rumpai laut. Sesuai untuk semua jenis kulit, De’Daun boleh digunakan oleh semua peringkat usia, iaitu daripada remaja hingga mereka yang telah matang baik untuk wanita mahupun lelaki.

Menurut Ibrahim, De’Daun terdiri daripada lima jenis produk, iaitu gel pembersih, krim Booster CC Cream SPF 35, krim siang hari dan masker malam.

“CC Cream SPF 35 De’Daun berasaskan air dan sesuai untuk wanita Asia. Ia tidak melekit dan pengguna boleh menyapukan bedak asas setelah menyapukan CC krim ini ke wajah.

"Penggunaan di siang hari boleh dilakukan dengan menggunakan pencuci muka, krim rawatan dan setelah itu CC krim. Selain itu, ia dapat menghilang jeragat, melembap dan menghindari kulit daripada nampak kusam.

"Bagi penjagaan malam pula, gunakan pencuci muka dan kemudian sapukan booster. Apabila anda bangun keesokan harinya, cuci muka dan anda dapat merasakan kulit menjadi tegang dan anjal. Anda akan dapat melihat kesan yang lebih maksimum jika digunakan secara berterusan.

“Keistimewaan booster De’Daun ialah selain membantu menegang dan menganjalkan kulit, ia membantu memudarkan parut hitam pada kulit. Ia juga boleh disapu pada luka dan luka cepat kering kerana kandungan rumpai laut dan lidah buaya yang terdapat di dalamnya," kata Ibrahim, yang menyediakan dua jenis set bagi dibeli oleh pelanggan, iaitu set untuk dibawa semasa melancong dan set eksklusif.

Mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Ibrahim lagi, set untuk dibawa melancong terdiri daripada lima jenis produk seberat 10ml pada harga RM55.

Manakala set eksklusif yang terdiri daripada lima jenis produk dalam saiz yang besar sedikit dijual pada harga RM126. Bagaimanapun ia boleh juga dibeli secara berasingan.

Ibrahim yang boleh dihubungi di 012-2638349 atau Facebook: De daun Cantik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.