saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 17/10/2014

Sajian seantero dunia di Kontiki

Ahmad Phesal Talib mencuba memotong itik panggang pada majlis pembukaan Restoran Kontiki di Hotel Federal Kuala Lumpur, baru-baru ini

Percubaan memperkenalkan sajian antarabangsa bersama sajian asli tempatan bagi mempelbagaikan pilihan makanan untuk pengunjung atau pelancong luar, menampakkan kejayaan yang tidak disangka bagi Restoran Kontiki, di Hotel Federal Kuala Lumpur.

Nama Kontiki sendiri diambil daripada nama sebuah rakit yang digunakan oleh pelayar Norway pada 1947 yang merentasi Lautan Pasifik dari Amerika Selatan sehingga ke Kepulauan Polinesia.

Reka bentuk luar dan dalam restoran ini diinspirasikan oleh pelayaran tersebut bagi menggambarkan dekorasi bermotifkan lautan, matahari serta dek memancing yang dipenuhi oleh pelbagai makanan laut.

Berkonsepkan moden kontemporari, pengunjung disajikan dengan suasana yang tenang dan mendamaikan, selain memberi gambaran seakan-akan terapung di lautan melalui hiasan dalaman yang diketengahkan.

Pengurus Besar The Federal, Simon Leong berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke restoran terbaharu mereka dan menjadikan ia sebagai salah satu pilihan destinasi makan malam terbaik keluarga.

“Kontiki bukan sahaja menyajikan keenakan masakan seantero dunia yang terbaik untuk pelanggan, malah kesemua menu yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

“Kami sentiasa ingin membangunkan idea baharu dan berusaha memberikan pengalaman menyeronokkan kepada setiap pengunjung yang melangkah masuk ke restoran kami," katanya dalam majlis pembukaan Restoran Kontiki, baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan pembukaan restoran tersebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Seleksi bufet Kontiki mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan Asia dan kontinental, bersama hidangan masakan tradisional yang pertama kali diperkenalkan iaitu sajian melalui ketuhar tradisional gergasi.

Ia berfungsi memanggang daging itik mewah seperti itik Peking, itik Pee Pa dan beberapa lagi sajian barbeku gaya Hong Kong.

Pengunjung dapat melihat secara langsung bagaimana itik dipanggang kerana Kontiki mengetengahkan konsep dapur terbuka.

Untuk hidangan petang, stesen bufet akan ditukar kepada stesen barbeku yang menampilkan pelbagai jenis makanan laut, kerang-kerangan, ayam serta daging.

Menu ala carte memfokuskan kepada cita rasa The Federal seperti laksa Nyonya, asam laksa, mi udang dan semestinya nasi ayam Hainan serta sajian pasta, piza, dan sandwic.

Selain pembuka selera, sup dan aneka pencuci mulut, menu terbaharu yang cuba diketengahkan gabungan eklektik sajian Pasifik Selatan seperti Ika Rimurimu iaitu hirisan ikan rebus dengan sos rumpai laut dihidangkan bersama puding kentang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.