saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 16/10/2014

Permainan bantu anak capai potensi

Memberi kanak-kanak permainan yang bersesuaian mengikut peringkat perkembangan usia mampu membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya.

Memahami keadaa itu, Fisher-Price, pengeluar permainan kanak-kanak terkenal, menampilkan Play IQ, satu konsep permainan yang membantu para ibu bapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga aspek utama iaitu fizikal, kognitif serta sosial dan emosi.

Mengenalpasti perkembangan anak kecil mengikut kaedah ini, para ibu bapa dapat mempelajari cara untuk membantu mereka mencapai perkembangan baharu di samping mengesan kemajuan anak-anak dalam tiga aspek tersebut.

Ini kerana apabila anak sedang bermain, mereka mempelajari mengenai dunia di sekeliling mereka dan membentuk pelbagai kemahiran penting.

Lebih banyak mereka bermain, lebih banyak yang dipelajari.

Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi di Fisher-Price, Dr. Deborah Weber, berkata, Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan anak bermain, malah ia berkaitan dengan kesedaran bahawa anak berkembang mengikut kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza.

“Permainan ini membantu dari segi menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh bayi, mengenalpasti peringkat perkembangan mereka dan cara terbaik bagi menyokong mereka ke arah mencapai potensi sepenuhnya," jelasnya.

Dr. Weber berkata, dalam perkembangan Play IQ seorang kanak-kanak, paling diutamakan ialah ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak mereka berusia lebih dewasa.

Katanya, perkembangan boleh bermula dari saat kelahiran dengan sesuatu yang mudah, contohnya, tidur yang nyenyak.

“Apabila bayi sedang tidur, mereka membesar dan berkembang.

“Tidur adalah amat penting untuk perkembangan otak yang akan membentuk asas kemahiran fizikal, kognitif, sosial dan emosional kanak-kanak untuk masa depan mereka.

“Para ibu bapa harus memastikan bayi mereka dapat tidur dengan nyenyak agar mereka dapat berkembang dengan lebih baik," tegasnya.

Apabila merujuk kepada pembelajaran berasaskan permainan, Dr. Weber menekankan bahawa permainan adalah pemangkin untuk pembelajaran berkesan serta interaktif.

Bermain juga boleh membuka pelbagai peluang bermakna di setiap peringkat umur.

“Kanak-kanak belajar dan mengingat dengan baik apabila bermain dengan permainan, kerana ia menarik, berwarna-warni, menyeronokkan dan menawan bagi mereka.

“Bagi membantu para ibu bapa memilih permainan yang betul untuk anak-anak mereka, permainan Fisher-Price kini ditandakan dengan simbol pengenalan yang mewakili tiga aspek utama perkembangan anak iaitu fizikal, kognitif serta sosial dan emosional.

“Fizikal Play IQ adalah apabila seorang kanak-kanak membentuk kekuatan, koordinasi dan keyakinan dengan memberikan beliau permainan yang menggalakkan beliau untuk mencapai, memegang, bangun dan bergerak.

“Kognitif Play IQ pula menggalakkan seorang kanak-kanak untuk menyentuh, merasa, mendengar dan belajar melalui aktiviti bermain.

“Permainan yang mencetus rasa ingin tahu semulaj adi mereka serta keinginan untuk belajar akan membantu membentuk kepintaran dan kreativiti mereka, manakala sosial dan emosional pula merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berkongsi dan ekspresi dengan yakin sambil bermain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.