saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/10/2014

Barang lama orang muda

PEMILIK Bongkar Vintaj Wardrobe, Muhamad Izudin Kamal bersama koleksi barangan vintaj di kedainya

Vintaj satu ketika dahulu sinonim dengan orang-orang tua dan berusia, namun kini remaja semakin menghargai barang-barang lama kerana nilai estatikanya yang tinggi, selain menjadi bahan koleksi para pengumpul barangan lama.

Barang-barang ini, tidak kira dari aspek pakaian, botol, tin minuman, almari sehinggalah sebesar-besar barangan seperti kereta dan motosikal, kesemua itu kini menjadi idaman bagi mereka yang 'gila' barangan vintaj.

Faktor nilai ketulenan, sukar didapati, kenangan, nostalgia dan sebagainya menjadi pengukur sejauh mana harga sesuatu barangan itu boleh dicapai dan menjadi bahan untuk dikumpul sesetengah individu.

Ada juga di antara mereka tidak mengumpul barangan tersebut tetapi memakainya untuk kegunaan harian dan ia bergantung kepada mereka yang mahu tujuan apakah barangan tersebut digunakan.

Ada sesetengah mencari barangan itu untuk kegunaan hiasan di bilik mahupun kedai dan ada juga mahukan penampilan mereka lain daripada yang lain.

Remaja kini dapat menilai barangan seperti itu dengan baik walaupun mereka belum dilahirkan lagi ketika barangan tersebut dikeluarkan seperti kereta mahupun motosikal.

Namun dengan adanya ketekunan dan kesungguhan untuk belajar selok-belok mengenai barangan ini, ia bukan sahaja mampu memberikan pengetahuan kepada pemilik, bahkan juga menjadi sumber mata pencarian seharian.

.com mendekati kumpulan pencinta barangan vintaj ini untuk melihat sejauh mana industri ini berjalan di Malaysia dalam kalangan remaja. - AMIRUL/NAIM

KEMEJA Levi's Big E Orange Tab yang dikeluarkan pada tahun 70-an ini dijual pada harga RM688.

Kepuasan tanpa kata

Menggayakan pakaian yang tidak dipakai oleh orang lain memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata, apatah lagi barangan itu sukar untuk ditemui di mana-mana kedai seluruh dunia.

Bagi pemilik Bongkar Vintage Wardrobe, Muhamad Izudin Kamal, pakaian bukan hanya dipakai untuk keperluan tetapi bagi peminatnya setiap pakaian itu mampu menceritakan kelainan yang ada pada diri mereka.

"Baju daripada jenama Levi's, Ralph Lauren, jaket dan sebagainya mempunyai permintaan yang tinggi daripada penggemar dan pengumpul pakaian yang inginkan kelainan.

"Lebih-lebih lagi edisi khas yang dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Ia boleh menjadikan harga baju itu melambung tinggi walaupun ia sudah pernah mempunyai pemilik sebelum ini dan berstatus terpakai," katanya.

Sebagai contoh sehelai kemeja Levi's Big E Orange Tab yang dikeluarkan sekitar 70-an kini dijual pada harga RM688. Kemeja itu kini dijual di kedainya yang terletak di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Jika dahulu orang ramai melihat pakaian terpakai adalah bundle yang merupakan baju terpakai yang murah, tetapi tidak semua baju yang dijual murah kerana ada di antara nilai baju tersebut lebih mahal berbanding harga semasa ia dijual.

"Penggemar dan pengumpul mempunyai komuniti yang kuat kerana setiap pakaian yang ada terletak pada harga sesuatu permintaan dan berapa yang pembeli sanggup tawarkan kepada penjual.

"Baju Harley Davidson contohnya pernah terjual RM2,000 sehelai dan nilai itu akan menjadi penentu harga bagi pakaian jenis ini untuk dijual pada lain-lain masa," jelasnya.

Biasanya orang menganggap pakaian bundle atau terpakai dijual dengan harga murah tetapi realiti bagi koleksi vintaj, ia mempunyai harga yang lebih mahal dan memiliki pengumpul yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.